Oleh Nur Lela Zulkipli

Kuala Lumpur: Peningkatan kes kemalangan di seluruh negara menyebabkan syarikat insurans menanggung kerugian RM5.04 bilion berdasarkan nilai tuntutan insurans motor pada tahun lalu.

Jumlah itu merangkumi RM13.8 juta pembayaran harian membabitkan lebih 25 syarikat insurans yang berdepan dengan pelbagai tuntutan daripada pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, mungkin ramai tidak sedar kebanyakan syarikat insurans menanggung kerugian berdasarkan tuntutan kemalangan yang semakin meningkat.

“Justeru, pelarasan kadar tarif premium insurans motor pada tahun ini adalah relevan bagi menyeimbangkan semula antara kerugian dan keuntungan syarikat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Syed Moheeb berkata, pelarasan di bawah Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu yang diperkenalkan pada 2012 itu menekankan kecekapan syarikat dalam menyediakan perlindungan bagi memastikan rakyat mampu membeli insurans pada premium berpatutan.

“Pelarasan diumumkan oleh BNM pada awal bulan ini, diguna pakai untuk polisi yang dibeli atau diperbaharui mulai semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Februari 2015 @ 7:30 AM