KHALID (dua dari kiri) bersalaman dengan Ramlie ketika majlis perasmian Pusat Servis Kenderaan RSK Enterprise di Kampung Melayu Majidee.
KHALID (dua dari kiri) bersalaman dengan Ramlie ketika majlis perasmian Pusat Servis Kenderaan RSK Enterprise di Kampung Melayu Majidee.
Oleh Redzuan Muharam

Johor Bahru: Kelab Teksi 1M (Teks1M) Johor Bahru memohon Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membela nasib pemandu teksi dengan meningkatkan kadar tambang ditetapkan.

Pengerusinya Mohd Hanif Mohd Salleh berkata, kenaikan tambang pada masa kini adalah munasabah memandangkan kos penyelenggaraan kereta semakin meningkat.

Beliau berkata, pemandu teksi terpaksa menghantar kenderaan mereka ke bengkel dengan lebih kerap untuk diselenggara.

“Memang harga minyak sudah turun namun kadar tambang perlu dinaikkan kerana pemandu teksi terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang semakin tinggi.

“Kadar tambang RM3 pada awal perjalanan serta 10 sen setiap kilometer (KM) dan jumlah itu tidak mampu menampung kos pemandu yang bergerak pada jarak sekurang-kurangnya 400 kilometer (km) sehari,” katanya pada majlis perasmian Pusat Servis Kenderaan, RSK Enterprise Sdn Bhd di Kampung Melayu Majidee di sini, kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Februari 2015 @ 5:13 AM