Kuala Lumpur: Bekas Duta Besar Malaysia ke Peru yang terkenal kerana pernah menjadi tebusan Tupac Amaru di Lima pada 1996, Datuk Ahmad Mokhtar Selat meninggal dunia jam 7.30 malam tadi.

Mokhtar, 66, yang pernah menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Agung ASEAN (2000-2003) menderita penyakit barah dan jenazahnya akan dikebumikan di Petaling Jaya hari ini.

Semasa berkhidmat di Peru (1996-1999), Ahmad Mokhtar adalah salah seorang tebusan kumpulan pemberontak Tupac Amaru di kediaman Duta Jepun di Lima.

Beliau juga terkenal dengan bukunya yang bertajuk “Tebusan Tupac Amaru” yang diterbitkan pada 1997.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 January 2015 @ 9:47 AM