Teluk Intan : Tujuh pengedar dadah adalah antara 53 individu yang diberkas polis dalam operasi khas di beberapa ‘sarang’ penagihan dadah termasuk jeti perikanan sekitar daerah Hilir Perak di sini.

Ketua JSJN IPK Perak Asisten Komisioner Yap Toon Khuan berkata, pihaknya menjalankan serbuan di kawasan yang dikenal pasti itu hasil intipan dilakukan.

Katanya, operasi diketuai Timbalan Ketua JSJN IPK Perak, Superintendan Mohd Nazri Omar; Pegawai Risikan Operasi Tahanan IPK Perak Deputi Superintendan Mohd Latif Minhat dan Pegawai Penyiasat IPD Hilir Perak Inspektor Nor Azira Abdullah.

Toon Khuan berkata, pihaknya turut merampas 50.5 gram pelbagai jenis dadah termasuk Heroin 46.87 gram dan syabu 3.63 gram dan menyita lima kenderaan.

Semua kenderaan yang dirampas dibawa ke IPD Hilir Perak untuk pemeriksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 5:18 AM