MUHAMMAD melihat bot gentian kaca milik Zahar yang diletakkan di tempat lebih tinggi bagi mengelak dipukul ombak kuat jika tengkujuh melanda.
MUHAMMAD melihat bot gentian kaca milik Zahar yang diletakkan di tempat lebih tinggi bagi mengelak dipukul ombak kuat jika tengkujuh melanda.
Oleh Khairulmizan Yahya

Kuantan: Kebiasaannya setiap kali musim tengkujuh, kebanyakan nelayan pesisir pantai di negeri ini akan ‘bercuti panjang’, namun ada juga segelintir golongan terbabit sanggup meredah ombak besar semata-mata mahu mencari rezeki.

Ini kerana, mereka tidak mempunyai sumber pendapatan lain selain menangkap ikan dan pada masa sama perlu menyara keluarga.

Perkara itu diakui Sidek Abdullah, 51, yang menjadi nelayan di Kampung Pantai Beserah, di sini, sejak lebih 30 tahun lalu dan mendakwa ramai rakan seangkatannya terpaksa bertindak demikian kerana keadaan terdesak, selain tiada pilihan lain.

Katanya, mereka menyedari risiko bakal dihadapi setiap kali keluar menangkap ikan dalam keadaan laut bergelora dan angin kencang, namun terpaksa menghadapinya demi sesuap nasi untuk keluarga.

“Walaupun begitu, kami tetap mengutamakan langkah keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian buruk seperti keluar secara berkumpulan, menyediakan peralatan keselamatan secukupnya serta memaklumkan kepada keluarga dan rakan mengenai destinasi yang dituju.

“Ada juga yang mengambil pendekatan dengan hanya keluar menangkap ikan pada jarak dekat dengan pantai bagi memudahkan mereka menyelamatkan diri dan segera pulang ke darat jika keadaan laut dan cuaca tiba-tiba bertukar ganas,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 5:18 AM