LAMBORGHINI RM800,000 yang dilarikan suspek.
LAMBORGHINI RM800,000 yang dilarikan suspek.
Nurul Hidayah Bahaudin


Serdang: Seorang ahli perniagaan ‘terduduk’ sedih apabila kereta mewah model Lamborghini berharga lebih RM800,000 dilarikan tiga penjenayah bersenjatakan parang.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam tadi, mangsa mendakwa dirompak penjenayah ketika memandu bersendirian di Jalan Wawasan, Puchong, di sini.

Sumber polis berkata, mangsa dipercayai diekori suspek yang memandu kereta mewah model BMW.

Menurutnya, suspek kemudian berpura-pura sengaja melanggar kereta mangsa menyebabkan mangsa berhenti di bahu jalan untuk melihat kerosakan dialami.

“Salah seorang suspek kemudian keluar dari kenderaannya dan ‘berlakon’ berbincang dengan mangsa berhubung kerosakan kereta ‘sport’ itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2016 @ 8:21 AM