NORAFIZAN  mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, semalam.
NORAFIZAN mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, semalam.
Oleh Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengabaikan bayi berusia sembilan bulan di bawah jagaannya sehingga mengalami kecederaan di bahagian punggung di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Pengakuan tidak bersalah itu dibuat Norafizan Abdul Rahman, 30, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norina Maludin.

Berdasarkan pertuduhan, Norafizan didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 9 pagi hingga 3.50 petang pada 23 September lalu di rumahnya di Rumah Awam Bertam Ulu, di sini, dengan mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak terbabit dengan cara yang mungkin boleh menyebabkannya mengalami kecederaan di bahagian punggung.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:07 AM