Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Seorang juruterapi pergigian sebuah klinik kesihatan di Sabah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, semalam atas tuduhan menawarkan dua kad pengenalan bernilai RM35,500 pada 2015.

Tertuduh Grace P Sanggang, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norina Maludin.

MOHD Noor (dua dari kiri) menyumbang telefon pintar kepada Muhammad Najmuddin di Kampung Kolam, Kuala Ibai, hari ini. FOTO Ihsan SMK Tengku Muhammad Ismail.
MOHD Noor (dua dari kiri) menyumbang telefon pintar kepada Muhammad Najmuddin di Kampung Kolam, Kuala Ibai, hari ini. FOTO Ihsan SMK Tengku Muhammad Ismail.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdaya Ong Kim Hock, 36, untuk memberi RM35,500 ke akaun Maybank miliknya sebagai dorongan mendapatkan dua kad pengenalan warga negara Malaysia yang tidak wujud sekitar 3 hingga 23 November 2015.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebatan dan denda.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2018 @ 5:17 AM