AMIR Hamzah menunjukkan salinan laporan polis.
AMIR Hamzah menunjukkan salinan laporan polis.
Oleh Siti Nadzirah Che Mud

Kuala Lumpur: Seorang penolong pengurus pusat beli-belah terkejut apabila wang RM8,000 yang mahu disimpan di dalam bank bercampur dengan not kertas wang palsu RM20 sekali gus menyebabkan dia disyaki ahli sindiket pengedaran wang palsu.

Mangsa, Amir Hamzah, 24, berkata, kejadian disedari jam 12.30 tengah hari, semalam ketika dia ingin memasukkan wang hasil jualan pusat beli belah ke dalam akaun bank.

“Saya menyerahkan wang tunai berjumlah lebih RM8,000 kepada pegawai di bank itu untuk dimasukkan ke akaun syarikat.

“Bagaimanapun reaksi muka pegawai bank berubah sebelum dia memanggil pegawai bank lain untuk memeriksa wang diberikan,” katanya.

Menurutnya, dia terkejut pegawai bank itu memberitahu beberapa not RM20 diberikan adalah palsu.

“Saya menerima surat dari pihak bank menyatakan saya suspek pemasaran duit palsu. Nombor siri wang palsu itu dicatat, manakala salinan MyKad saya diambil.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:09 AM