Moscow: Kerja penyerahan bangkai pesawat MH17 oleh puak pro Russia kepada pasukan penyiasat Belanda daripada Torez ke Kharkiv, akan disempurnakan hari ini.

Menerusi kenyataan rasmi pemimpin pro Russia dalam laman web mereka, kereta api yang membawa bangkai dari stesen Pelageevskiy akan bertolak jam 4 petang waktu Malaysia.

“Serpihan pesawat yang besar itu sudah dimuatkan dalam 11 gerabak barang terbuka, manakala serpihan kecil disimpan di dalam satu gerabak tertutup.

“Kementerian Pengangkutan kami akan menyediakan gerabak penumpang untuk wakil Pertubuhan Kerjasama dan Keselamatan Eropah (OSCE) dan Belanda bagi mengiringinya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 November 2014 @ 5:11 AM