PEGAWAI polis menunjukkan motosikal yang ditemui selepas tertangkapnya ahli Geng Andre.
PEGAWAI polis menunjukkan motosikal yang ditemui selepas tertangkapnya ahli Geng Andre.
Oleh Junaidi Ladjana


Lahad Datu: Kegiatan empat lelaki dikenali sebagai Geng Andre yang menyasarkan peniaga asing berbangsa Pakistan untuk melakukan samun akhirnya tumpas apabila mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di Bikang, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, berdasarkan maklumat awam dan risikan, polis melakukan serbuan dan menahan semua suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun.

“Dalam Ops Cantas Khas dan Ops Lejang dilancarkan Isnin lalu, polis melakukan serbuan di dua lokasi berasingan di sekitar Bikang sebelum semua mereka diberkas.

“Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Geng Andre diketuai seorang lelaki berusia 20-an bersama tiga ahli termasuk seorang warga asing,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, semalam.

Hamzah berkata, polis turut menemui semula beberapa telefon bimbit pelbagai jenama, empat motosikal dan barang kemas yang dipercayai milik mangsa suspek terbabit.

“Kumpulan ini aktif melakukan samun sejak September lalu dengan menaiki sebuah kereta sebelum menahan mangsa yang kebiasaannya menunggang motosikal seorang diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:13 AM