Aplikasi pintar bantu jejak kesihatan.
Aplikasi pintar bantu jejak kesihatan.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Keupayaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) hari ini mengubah landskap kehidupan pengguna dan ia turut digunakan dalam aplikasi penjejakan kesihatan.

  Hasil integrasi AI dan keperluan penjagaan kesihatan perubatan secara digital, satu aplikasi dikenali 'Agata' diperkenalkan untuk pengguna.

  Aplikasi ini adalah berasaskan kepada langganan inovatif sekali gus memudahkan pengguna.

  Penyelesaian perisian ini terpadu dengan teknologi canggih sentuhan manusia, menyokong lebih 30 bahasa yang tersedia dalam kedua-dua format suara dan teks, memberikanpesakit masa bercakap '24x7' tanpa had dengan doktor untuk nasihat perubatan, sokongan

kesihatan, pertanyaan jualan dan motivasi mental. 

  Aplikasi ini yang dibangunkan oleh Mywam Sdn Bhd memberi fokus kepada perubahan landskap penjagaan kesihatan secara digital.

  Doktor boleh menggunakan sepenuhnya penyelesaian lanjutan pada kos tetap untuk berbual dengan pesakit atau bakal pesakit melalui suara manusia yang disesuaikan, pengetahuan penjagaan kesihatan dan wakil grafik untuk pra-perundingan, nasihat berterusan atau tujuan pasca perundingan.

  Pengasasnya, Dana Ariya berkata, pihaknya melahirkan rasa teruja tentang impak transformatif yang ketara menerusi Agata sebagai pengubah keadaan dalam industri penjagaan kesihatan.

  "Misi kami adalah untuk menjadikan penjagaan kesihatan mudah diakses dan inklusif untuk semua orang, tidak kira di mana atau bila anda berada. 

  "Agata memastikan ahli keluarga mendapat sokongan, motivasi dan penjagaan yang boleh dipercayai pada setiap masa," katanya.

  Menurutnya, aplikasi berkenaan tidak menggantikan tugas doktor sebaliknya hanya melakukan saringan tahap kritikal sesuatu penyakit sebelum janji temu secara fizikal dilaksanakan antara pesakit dan doktor bagi evaluasi lengkap. 

  Katanya, Agata akan melalui tiga peringkat pembangunan dan untuk Agata 1.0, ia berlangsung sehingga Jun depan sebelum pengenalan kepada Agata 3.0 pada Disember nanti.

  Agata tidak hanya menawarkan keupayaan akses tidak mengira tempat tetapi ia juga memupuk kerjasama dalam kalangan profesional penjagaan kesihatan, memperkasakan doktor untuk membangunkan pelan rawatan peribadi dan disesuaikan dengan keperluan setiap pesakit. 

  Aplikasi ini sama seperti mempunyai pasukan pakar dan profesional penjagaan kesihatan yang berdedikasi di hujung jari pesakit.

  Keupayaan pintar itu adalah hasil kerjasama dengan Osense, sebuah syarikat permulaan penyelidikan teknologi terkemuka dari Taiwan, Agata juga menawarkan pelbagai kemudahan kepada pengguna untuk menjadualkan janji temu, mengakses rekod kesihatan dan mendapatkan maklumat tentang perjalanan penjagaan kesihatan mereka, sambil menyediakan doktor dengan alat untuk menyelaraskan penyampaian penjagaan kesihatan dan meningkatkan penglibatan pesakit.

  Keupayaan Agata ditambah lagi dengan kemampuannya untuk mengasimilasikan dan menyebarkan maklumat melalui Pangkalan Pengetahuan Agata (AKB), sebuah repositori dinamik boleh dikemas kini yang merangkumi soalan lazim, garis panduan prosedur dan kriteria penting yang diproses oleh enjin ChatGPT penyelesaian perisian yang stabil dan selamat.

 

 

#kw aplikasi kesihatan

 

 

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2024 @ 8:49 PM