SESETENGAH bekas pesakit Covid-19 mengalami hilang deria rasa.
SESETENGAH bekas pesakit Covid-19 mengalami hilang deria rasa.
ETX Daily Up

Paris: Hilang deria bau antara kesan jangka panjang dialami individu selepas pulih daripada jangkitan Covid-19.

Dalam kebanyakan kes, ada antara mereka yang mengambil masa yang agak lama sebelum deria berkenaan kembali normal.

Bagi mengatasi masalah ini, seorang doktor di Perancis mencipta CovidAnosmi, satu aplikasi yang boleh memulihkan deria bau untuk bekas pesakit Covid-19.

Aplikasi percuma itu menyediakan program berstruktur memulihkan deria bau berdasarkan kajian saintifik.

Program berkenaan dibangunkan bersama Pakar Onkologi Fabrice Denis yang juga seorang doktor di Pusat Kesihatan Jean Bernard di Le Mans.

Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk mengikuti proses latihan bau minyak pati bau seperti kopi dan vanila, sebanyak dua kali sehari.

Program ini membantu keupayaan deria bau seseorang untuk pulih lebih cepat dan memulihkan saraf olfaktori yang rosak kerana virus.

Aplikasi secara dalam talian itu sudah diuji kepada 500 bekas pesakit Covid-19 bagi mengenal pasti impak protokol yang digunakan.

Menerusi kajian klinikal yang diterbitkan Jurnal Kajian Perubatan Internet, pengkaji merekodkan keputusan memberangsangkan tetapi pemulihan dengan kaedah ini memerlukan masa.

Selepas 28 hari tempoh rehalibitasi, 73 peratus bekas pesakit memaklumkan terdapat peningkatan deria bau dan ia akan meningkat kepada 78 peratus dalam tempoh dua bulan.

Penyelesaian ini adalah berita baik kerana mampu meningkatkan kualiti hidup bekas pesakit yang kehilangan deria bau.

Setakat ini, seramai 174 juta orang sudah dijangkiti Covid-19 dan ia menyebabkan lebih 3.74 juta kes kematian, di seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 1:48 PM