HONOR Magic6 Pro
HONOR Magic6 Pro
Muhammad Saufi Hassan

Pengeluar peranti pintar terkemuka, Honor mendominasi anugerah media sempena Kongres Mudahalih Sedunia (MWC) 2024, di Barcelona, Sepanyol awal minggu ini.

Secara keseluruhan, Honor memperoleh 45 anugerah daripada media antarabangsa berdasarkan beberapa kategori dan paling dominan adalah 

Pengenalan Honor kepada peranti dikuasakan dengan Kecerdasan Buatan (AI) jelas membuahkan hasil apabila langkah strategik itu memberi nilai tambah kepada peranti keluarannya.

Sempena MWC 24 itu juga, Honor memperkenalkan peranti kelas perdana mereka yang baharu iaitu Honor Magic6 Pro yang menggunakan AI sebagai ciri baharu sekali gus memudahkan pengguna.

Honor Magic6 Pro berkenaan menerima pengiktirafan daripada kebanyakan pemerhati industri termasuk media dan peranti itu berjaya memenangi hati pemain utama industri dengan ciri baharu yang diperkenalkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mac 2024 @ 9:26 PM