HONOR
HONOR
Muhammad Saufi Hassan

 

Jenama pengeluar perkakas teknologi terkemuka, Honor memperkenalkan peranti baharu mereka iaitu Honor Magic6 Pro.

  Pada masa sama, Honor turut memperkenalkan laptop dikuasakan dengan Kecerdasan Buatan (AI) Honor MagicBook Pro 16.

  Kedua-dua peranti itu dilengkapi dengan keupayaan AI Honor yang mempertingkatkan pengalaman pengguna dengan memberi tumpuan terhadap pemerkasaan berpusatkan manusia.

  Ketua Pegawai Eksekutif Honor Device, George Zhao berkata, pihaknya komited untuk mencipta inovasi berpusatkan manusia yang menyediakan pengalaman lancar dan terbuka.

  "Kami berbangga mengumumkan pelancaran global telefon pintar dan komputer riba AI baharu Honor yang mana peranti ini merevolusikan pengalaman pengguna menerusi kemampuan AI termaju dalam industri," katanya.

  Menerusi pengenalan Honor Magic6 Pro berkenaan, ia dikuasakan dengan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 bersama kapasiti bateri 5600mAh serta sokongan pengecas pantas 80W dengan wayar.

  Peranti itu juga memperoleh tangga pertama dalam pengujian peranti DXOMark dengan skor 157 markah.

  Ia adalah peranti kelas perdana serta memberi penekanan kepada kecanggihan fotografi, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna berkuasa AI.

  Peranti ini juga menawarkan pengalaman lebih peribadi dan intuitif kepada pengguna menerusi Magic Capsule dan Magic Portal.

  Pengguna hanya perlu menyentuh pada 'banner' pemberitahuan di bahagian atas skrin dan peranti akan membesarkan Magic Capsule seterusnya mengakses maklumat penting tanpa perlu melayari beberapa aplikasi.

  Honor Magic6 Pro didatangkan dengan lensa kamera tele-falcon dengan kapasiti keupayaan 180 megapiksel (MP) dengan zum optik 2.5x dan zum digital sehingga 100x.

  Peranti ini mempunyai lensa kamera sudut ultra lebar 50MP dan kamera utama 50MP berkuasa dengan keupayaan apertur berubah untuk merakam detik pantas tanpa mengorbankan kejelasan imej.

  Honor Magic6 Pro ini menampilkan kaca skrin paling tahan jatuh dalam industri setakat ini dengan menetapkan piawaian baharu untuk rintangan jatuh paparan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2024 @ 2:45 PM