Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Skrin boleh lipat paling praktikal. Kejayaan pengeluar peranti pintar terkemuka, Honor Malaysia memperkenalkan peranti skrin boleh lipat, Honor Magic Vs dengan padanan spesifikasi paling maju dalam kelasnya.

  Menyentuh aspek spesifikasi, peranti ini didatangkan dengan keluasan skrin 6.45 inci dengan nisbah paparan kepada kerangka adalah 90 peratus sekali gus memberi pengalaman lebih baik kepada pengguna.

  Peranti ini didatangkan dengan bateri ketumpata ultra tinggi 5,000mAh menjadikan peranti ini mampu bertahan sepanjang hari dengan keupayaan paling maksimum tanpa perlu mengecas.

  Teknologi pengecas pantas Honor SuperCharge 66W berwayar dan mampu untuk mengecas bateri penuh dalam masa 46 minit saja.

  Jenama Honor sememangnya terkenal dengan ciri baharu inovasi dan kali ini, peranti berkenaan dilengkapi dengan struktur sokongan engsel diperkemaskan dan mampu bertahan lebih 400,000 kali lipatan iaitu penggunaan lebih daripada 10 tahun berdapatkan 100 lipatan setiap hari.

  Peranti ini dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 bersama padanan memori (RAM) 12GB.

  Honor Magic Vs ini juga menggunakan tetapan tiga lensa iaitu lensa utama berkeupayaan 50 megapiksel (MP), 50MP untuk sudut ultra lebar dan 8MP untuk telefoto.

  

  

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 April 2023 @ 4:32 PM