PERANTI ini dikuasakan dengan cip baharu Qualcomm Snapdragon yang berkuasa.
PERANTI ini dikuasakan dengan cip baharu Qualcomm Snapdragon yang berkuasa.
Muhammad Saufi Hassan


PENGELUAR peranti pintar terkemuka, Honor melancarkan peranti baharu mereka iaitu Honor 200 dan Honor 200 Pro dengan penetapan spesifikasi baharu bersama keupayaan kefungsian kamera yang lebih baik.

Honor 200 Pro menampilkan kombinasi kamera berkuasa yang berupaya merakam gambar potret bertaraf studio.

Untuk itu, susunan kamera merangkumi kamera 50 Megapiksel (MP) yang dilengkapi dengan Sensor Camera Utama H9000 1/1.3 inci berkuasa yang menawarkan keupayaan pengesanan cahaya dan sokongan HDR yang hebat.

Sensor ini juga digunakan dalam Honor Magic6 Pro dan sensor ini turut didatangkan bersama Dual Optical Image Stabilisation (OIS) dan sistem anti-goyang Electronic Image Stabilisation (EIS), membolehkan pengguna menangkap imej yang jelas dan teliti walaupun dalam keadaan malap atau bergerak pantas seperti merakam imej seseorang yang sedang berlari atau burung terbang.

Peranti ini juga dilengkapi Kamera Telefoto 50MP dengan sensor Sony IMX 856 yang direka khas untuk merakam potret dan objek jauh yang dizum pada jarak dekat dengan ketajaman dan kejelasan yang amat tepat.

Pemasangan Sony IMX 856 ini menjadikan Siri Honor 200 telefon pintar pertama di Malaysia memiliki sensor baharu yang berkuasa ini.

Peranti ini dikuasakan prosesor mudah alih Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3 yang terkini.

Mempersembahkan kelajuan jam pantas sehingga ke 3GHz, prosesor ini membolehkan Honor 200 Pro mengoperasikan permainan dengan grafik yang amat intensif dan memastikan tindak balas masa sebenar yang lancar ketika berinteraksi dengan aplikasi yang banyak menggunakan tenaga dan keupayaan.

Untuk kesambungan lebih lancar, peranti ini juga juga menawarkan cipset Honor C1 + RF yang dipertingkatkan bagi memastikan kesambungan yang optimum walaupun di kawasan dengan rangkaian lemah selain meningkatkan prestasi rangkaian 5G.

Honor 200 Pro menawarkan bateri karbon silikon 5,200mAh, jenis bateri yang sama digunakan dalam siri telefon flagship Honor Magic.

Ini membolehkan Honor 200 Pro menawarkan prestasi yang boleh dipercayai dan jangka hayat bateri lebih lama dengan penstriman muzik secara berterusan sehingga 61 jam dalam sekali cas.

Mengecas telefon mungkin sesuatu yang melecehkan tetapi bagi peranti ini, ia melaksanakan integrasi teknologi pengecasan pantas berwayar 100W Wired Honor SuperCharge, membolehkan bateri penuh dalam tempoh hanya 41 minit.

Ia juga menawarkan pengecasan wayarles pantas 66W Wireless Honor SuperCharge dengan pengecas yang sepadan.

Honor 200 Pro mudah untuk dicas semula dalam masa beberapa minit tanpa perlu risau kehabisan kuasa bateri ketika menstrim video atau bermain aplikasi permainan.

Secara keseluruhannya, Honor 200 Pro ini menawarkan ciri-ciri peranti premium dengan keupayaan prestasi yang begitu baik termasuk keupayaan rakaman gambar pada kelas tersendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 6:45 AM