Oleh Muhammad Saufi Hassan


Pengeluar peranti ikonik, Apple sudah melancarkan generasi baharu jam pintar mereka iaitu Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2 untuk pasaran tempatan bermula hari ini.

  Pengguna boleh melakukan pembelian menerusi laman web rasmi Apple atau mana-mana penjual rasmi produk berkenaan.

  Menerusi Apple Watch Ultra 2, ia dikuasakan dengan cip Apple S9 yang dikemaskini serta panel paparan lebih terang dengan 3,000 nits.

  Ia adalah naik taraf daripada generasi terdahulu dengan hanya 2,000 nits saja sekali gus memberi pengalaman kepenggunaan yang lebih baik.

  Peranti ini juga didatangkan dengan sensor yang boleh mengaktifkan mod gelap automatik termasuk kefungsian dwi-ketukan untuk melakukan beberapa perkara dengan pantas.

  Apple Watch Ultra 2 ini mampu digunakan secara optimum selama 72 jam pada keadaan mod jimat tenaga dan beberapa ciri lain turut ditambah baik seperti aktiviti air dan sebagainya.

  Selain itu, Apple Watch Series 9 ditawarkan untuk dua saiz pemuka pilihan iaitu 41mm atau 45mm mengikut kesesuaian pengguna.

  

#kw Apple Watch, Apple

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Oktober 2023 @ 1:57 PM