Infinix Hot 30
Infinix Hot 30
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Pengguna yang mahukan tanda harga mampu milik namun berupaya untuk menggunakan peranti pintar dengan semaksimum mungkin, Infinix Hot 30 adalah jawapannya.

  Menerusi tanda harga RM599 saja, peranti ini mampu untuk melancarkan sebarang jenis aplikasi daripada kelas pertengahan tanpa sebarang masalah.

  Menyentuh aspek spesifikasinya, Infinix Hot 30 ini menggunakan cip pemproses Helio G88 iaitu pemproses kelas permainan berasaskan kepada teras 'Octa Core'.

  Peranti ini juga dipadankan bersama memori (RAM) 8GB dan boleh dipertingkatkan dengan tambahan 8GB menjadikannya 16GB.

  Peranti ini menggunakan lensa kapasiti 50 megapiksel (MP) dengan keupayaan pencahayaan kurang yang memuaskan.

  Kapasiti bateri pula didatangkan dengan 5,000mAh dengan pengecas pantas selain daripada saiz skrin 6.78 inci dengan kadar segar semula 90Hz resolusi 1080p bersama sokongan NFC.

  Ujian terhadap beberapa judul permainan untuk peranti ini juga sangat memuaskan dan mampu beroperasi tanpa sebarang masalah.

  Masalah yang sering dihadapi oleh peranti kelas permulaan ini adalah suhu yang tinggi ketika melancarkan aplikasi atau permainan.

  Bagaimanapun, Infinix Hot 30 ini mampu merekodkan suhu minimum dengan tempoh permainan satu jam untuk judul Free Fire.

  Suhu yang direkodkan selepas satu jam adalah 34.5 darjah Celcius sekali gus menjadi peranti kelas permulaan yang menawarkan spesifikasi terbaik dalam kelasnya.

  Berdasarkan kepada penanda aras AnTuTu, peranti ini memperoleh skor 253,433 dan jika perbandingan unit pemproses grafik pula, cip peranti ini adalah 12 peratus lebih baik berbanding cip keluaran Qualcomm Snapdragon 680.

  

Spesifikasi

Pemproses: Helio G88

RAM: 8GB + 8GB

Kamera: 50MP

Bateri: 5,000mAh

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mei 2023 @ 11:27 PM