Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Pengeluar peranti pintar, Realme Malaysia memperkenalkan generasi peranti baharu dalam kelas permulaan iaitu C55 dengan padanan spesifikasi terkini serta keupayaan kamera yang mengagumkan.

  Menggunakan slogan 'Juara Segmen', peranti generasi ini menampilkan keupayaan kamera 64 megapiksel (MP) bersama storan 256GB untuk memberikan ruang yang lebih kepada pengguna.

  Peranti Realme C55 ini menggunakan cip pemproses MediaTek Helio G88 bersama-sama pengenalan kepada 'kapsul mini' yang diletakkan di bahagian atas pemuka.

  Kapsul mini berkenaan akan memberi maklumat seperti notifikasi bersama-sama animasi cahaya unik sekali gus memberikan sentuhan premium kepada pengguna.

  Peranti ini turut menggunakan memori (RAM) sehingga 16GB serta didatangkan dengan pengecas pantas SuperVOOC 33W iaitu hanya mengambil masa 29 minit untuk bateri mencapai 50 peratus.

  Keupayaan pengecas pantas itu memberikan kebebasan kepada pengguna sekali gus tiada lagi kebimbangan bateri akan habis dengan penggunaan paling optimum sepanjang hari.

  C55 juga mempunyai bezel sudut kanan dan badan 7.89 mm segmen yang paling nipis, membolehkan cengkaman yang selesa.

  Selain itu, C55 mempunyai skrin penuh 6.72 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz, menghasilkan pengalaman visual yang lebih selesa. Dengan lubang tebuk tengah yang bercampur dengan lancar dengan badan telefon C55 mencipta rupa dan rasa skrin penuh yang lebih baik.

  Oleh itu, Realme C55 dilengkapi dengan empat teknologi pertama segmen dan pengalaman serba boleh memenuhi keperluan pengguna.

  Tanda harga untuk C55 ini bermula RM699 dan pengguna sudah boleh melakukan tempatan untuk peranti berkenaan.

 

 

Spesifikasi Realme C55

Pemproses: MediaTek Helio G88

RAM: Sehingga 16GB

Kamera: 64MP + 2MP

Bateri: 5000mAh

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2023 @ 9:55 PM