Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Pengguna iPhone boleh menaik taraf sistem operasi iOS versi 14.3 bermula hari ini dengan pengenalan beberapa ciri utama termasuk sokongan kepada peranti baharu.

  Bagi pengguna iPhone 12 Pro, kemaskini baharu itu akan membolehkan mereka menggunakan pilihan gambar Apple ProRAW yang menawarkan rakaman imej lebih baik.

  Sistem operasi versi 14.3 itu juga akan menyokong peranti baharu AirPods Max selain memperbaiki kelemahan sistem operasi sebelum ini.

  Ia juga memperkenalkan maklumat peribadi (privacy information) yang boleh diakses di App Store.

  Pengguna diberi kebebasan untuk melihat data peribadi mereka menerusi aplikasi yang dipasang ke dalam peranti.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2020 @ 8:47 AM