LG PuriCare Wearables Air Purifier adalah pelitup muka dengan gred keselamatan paling tinggi.
LG PuriCare Wearables Air Purifier adalah pelitup muka dengan gred keselamatan paling tinggi.
Muhammad Saufi Hassan


SEPANJANG tempoh pandemik Covid-19 ini, pemakaian pelitup muka atau topeng muka (mask) sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan.

Langkah itu dilaksanakan untuk mengurangkan risiko pendedahan seseorang individu dengan individu terhadap bakteria terampai termasuk partikel halus yang berada di udara.

Bagaimanapun, masih wujud kemungkinan seseorang individu berkenaan akan menyedut partikel yang berada di udara.

Syarikat pengeluar elektronik terkemuka, LG tampil dengan inisiatif baharu menerusi pengeluaran LG PuriCare Wearable Air Purifier yang sarat dilengkapi dengan teknologi terkini.

Menerusi LG PuriCare Wearable Air Purifier ini, ia bukan sekadar pelitup muka, malah dilengkapi dengan penapis HEPA H13 yang boleh memerangkap 99.9 peratus pelbagai jenis partikel serta bakteria terampai.

Untuk memberi keselesaan kepada pengguna, LG PuriCare Wearable Air Purifier ini juga dilengkapi dengan dua kipas bagi memberi kesel

esaan termasuk pembesar suara.

Pembesar suara itu berfungsi untuk memudahkan pengguna dan pelitup muka pintar keluaran LG ini memberi perspektif baharu terhadap pemakaian pelitup muka.

Pelitup muka pintar ini juga boleh dipadankan menerusi telefon pintar menggunakan sambungan Bluetooth, sekali gus memberi pemantauan terhadap bateri LG PuriCare Wearables Air Purifier, kadar pernafasan pengguna dan pelbagai maklumat lain.

Bagi meningkatkan kebersihan pelitup muka ini, ia turut dilengkapi dengan bekas UVnano.

Selain berfungsi sebagai bekas penyimpanan pelitup muka, ia juga digunakan untuk proses sanitasi pelitup muka termasuk mengecas semula bateri peranti dengan mudah.

Mod pembesar suara itu boleh dihidupkan untuk memberi suara pengguna yang lebih jelas biarpun di sebalik pelitup muka pintar berkenaan.

Sebagai rekod, hasil ujian pelitup muka ini mampu untuk menyingkirkan habuk mikro sebanyak 94 peratus, bakteria 94.9 peratus, penyingkiran virus 97.1 peratus dan titisan air 97.2 peratus.

LG PuriCare Wearables Air Purifier ini juga adalah pelitup muka dengan gred keselamatan paling tinggi, sekali gus melindungi pengguna daripada sebarang habuk mikro, bakteria mahupun virus.

Pengalaman penulis juga mendapati pemakaian pelitup muka ini memberi keselesaan yang paling optimum tidak seperti pelitup muka konvensional.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 January 2022 @ 6:55 AM