Penulen ini turut hadir dengan fungsi layan diri penggantian penapis mudah yang memberikan kemudahan kepada pengguna. - FOTO LG PuriCare™
Penulen ini turut hadir dengan fungsi layan diri penggantian penapis mudah yang memberikan kemudahan kepada pengguna. - FOTO LG PuriCare™
Nur Amirah Abd Rani

AIR bersih adalah satu keperluan asas bagi setiap manusia dalam memenuhi keperluan harian. 

Pemasangan penulen air di rumah adalah antara usaha untuk memastikan bekalan air yang digunakan terjamin kebersihan dan bebas bahan tercemar yang boleh membahayakan kesihatan. 

Bagaimanapun, pemasangan penulen air sahaja tidak menjamin tahap kebersihan air sekiranya sistem penulenan air tidak diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan. 

Bagi memastikan pengguna dapat menggunakan penulen air dengan fleksibiliti dan kemudahan terbaik, Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ menawarkan penulen air dengan tiga fungsi utama iaitu pensterilan automatik, penggantian penapis mudah dan langganan penapis. 

Pensterilan automatik

Hanya dengan satu sentuhan, pengguna boleh aktifkan pensterilan automatik yang mensterilisasikan paip keluli tanpa karat dan juga saluran keluar air panas dengan suhu tinggi yang dapat membasmi 99.99 peratus kuman. 

Bagi fungsi pensterilan automatik ini, pengguna boleh mensteril paip dalaman secara berkala atau secara manual pada bila-bila masa. 

Penggantian penapis mudah

Bukan itu sahaja, Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ turut hadir dengan fungsi layan diri penggantian penapis mudah yang memberikan kemudahan kepada pengguna dan mereka tidak perlu menetapkan temu janji servis bersama dengan juruteknik setiap bulan.

Hadir dengan reka bentuk simpulan mudah, pengguna boleh menggantikan penapis dengan mudah. Pengguna dapat menukarkan penapis air dalam beberapa minit saja dengan hanya memutar dan menarik keluar penapis tersebut. 

Langganan penapis

Selain itu, Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ turut menyediakan pelan langganan penapis yang mana perkhidmatan ini akan menghantar penapis gantian ke rumah pelanggan setiap enam bulan.

Sistem Penapis Puri 4 Peringkat

Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ mempunyai sistem penapis puri empat peringkat yang dapat menyingkirkan sembilan logam berat (merkuri, plumbum, arsenik, kadmium, besi, aluminum, tembaga, mangan dan zink). 

Penulen air ini juga mampu menyingkirkan 99.99 peratus norosvirus, bakteria dan bahan cemar berbahaya, disamping mengekalkan kandungan mineral penting seperti natrium dan kalium bagi menjamin keselamatan dan kesegaran air minuman anda. 

LG ThinQ™ dan bimbingan suara

Selain itu, pengguna boleh memantau penggunaan air, menyemak sejarah pensterilan dan menetapkan jadual pensterilan pengguna dari telefon pintar dengan hanya perlu menyambungkan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ ke aplikasi LG ThinQ™ melalui WiFi. 

Fungsi bimbingan suara juga menyediakan panduan untuk pensterilan suhu tinggi, penggantian penapis dan tetapan fungsi.

Kawalan air panas dan isipadu air

Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ mempunyai tiga suhu air panas 40 darjah Celsius, 75 darjah Celsius dan 85 darjah Celsius untuk kegunaan harian di rumah. 

Daripada memanaskan susu hingga membuat secawan teh atau kopi panas, Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ memudahkan urusan harian anda dalam satu sentuhan saja! Pengguna juga boleh memilih kuantiti air bermula 120 mililiter (ml), 250ml, 500ml dan 1000ml.

Faucet boleh laras empat arah

Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri PuriCare™ memudahkan anda untuk mendapatkan air dengan faucet boleh laras ke empat arah. Ia juga boleh melaras secara automatik dengan mengesan ketinggian gelas.

Tanpa perlu menyentuh, faucet akan bergerak ke atas dan bawah secara automatik! 

Jadi kebersihan dan keselamatan anda lebih terjamin kerana air tidak memercik keluar dan mengurangkan risiko melecur, terutamanya bagi air panas.

Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ hadir dengan tiga variasi warna biru kelasi, perak dan putih serta tawaran sewa bulanan serendah RM60 sebulan dengan langganan penapis selama tujuh tahun. 

Untuk maklumat lanjut, layari LG PuriCare™ sekarang!

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2022 @ 5:09 PM