PENAPIS air.
PENAPIS air.
Muhammad Saufi Hassan


Syarikat elektronik gergasi, LG Electronics Malaysia memperkenalkan produk baharu penapis air tanpa tangki iaitu LG PuriCare 4-Ward Tankless Water Purifier.

Ia sememangnya direka lebih praktikal untuk pengguna apabila air minuman berkenaan diambil secara terus daripada paip tanpa tangki penyimpanan yang boleh berpotensi sebagai tempat pembiakan bakteria jika tidak diselenggara dengan baik.

Perkakas ini sesuai untuk semua keadaan atau rekaan dalam rumah kerana saiz kecil selebar 17 sentimeter (cm) saja sekali gus menjadikan rekaan ruang lebih minimal memudahkan pengguna.

Ia hadir dengan muncung paip yang boleh laras secara automatik dan boleh melakukan pengubahsuaian kedudukn sehingga 180 darjah dan mengesan ketinggian kedudukan gelas yang diletakkan untuk mengelakkan masalah percikan air.

LG PuriCare 4-WARD Tankless Water Purifier hadir dalam tiga pilihan warna iaitu White, Classic Silver dan Shinny Rose. Untuk penawaran harga, versi berwarna putih dijual pada harga RM5,300.

Bagi, versi berwarna Classic Silver dan Shinny Rose pula berharga RM5,600 dan sebagai pilihan, pengguna boleh membeli penapis ini secara ansuran dengan pelan yang sudah ditetapkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 6:57 PM