KECENDERUNGAN golongan dewasa dalam menghabiskan masa dengan gajet mempengaruhi tabiat kanak-kanak. - FOTO Google
KECENDERUNGAN golongan dewasa dalam menghabiskan masa dengan gajet mempengaruhi tabiat kanak-kanak. - FOTO Google
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


Era teknologi moden hari ini sememangnya membuka landskap baharu dalam pembelajaran matah tempoh pandemik sejak dua tahun lalu juga mendedahkan anak-anak dengan peranti pintar.

Pendedahan yang berlebihan anak-anak berumur di bawah tiga tahun kepada peranti pintar ini membuka satu lagi masalah baharu iaitu 'speech delay'.

Malah, tidak dinafikan wujud golongan kanak-kanak yang menghadapi gejala 'speech delay' secara kritikal sehingga memaksa ibu bapa menghantar si kecil mereka mengikuti rawatan terapi percakapan.

Hal ini sering berlaku pada masa kini kerana pendekatan ibu bapa yang lebih cenderung membenarkan penggunaan gajet pada usia awal iaitu untuk kanak-kanak tiga tahun ke bawah.

Pendedahan peranti pintar kepada kanak-kanak di awal usia sebenarnya membawa lebih banyak kesan negatif termasuk masalah pertuturan, kadar rabun dalam kalangan kanak-kanak dan bermacam lagi masalah lain.

Pengawalan tempoh waktu gajet dengan anak-anak adalah langkah terbaik supaya mengurangkan risiko masalah lain terutamanya membabitkan keupayaan untuk bertutur.

Menerusi satu kajian baharu yang dilaksanakan oleh firma keselamatan siber terkemuka, Kaspersky mendedahkan wujud pertalian langsung antara tabiat ibu bapa dalam menghabiskan masa dengan gajet dengan perilaku anak mereka.

Data empirikal yang diperoleh menunjukkan bahawa sebanyak 82 peratus orang dewasa dan 70 peratus kanak-kanak cenderung untuk meniru perbuatan ibu bapa mereka dalam tabiat tempoh waktu dengan gajet.

IBU bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam pengawalan tempoh skrin peranti pada kanak-kanak supaya mengurangkan pelbagai masalah lain seperti 'speech delay' atau rabun. - FOTO Google
IBU bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam pengawalan tempoh skrin peranti pada kanak-kanak supaya mengurangkan pelbagai masalah lain seperti 'speech delay' atau rabun. - FOTO Google

Kajian secara terperinci yang dilaksanakan oleh firma keselamatan siber itu juga mendedahkan bahawa kanak-kanak akan sentiasa memerhatikan kelakuan ibu bapa mereka sebelum bertindak untuk meniru perbuatan berkenaan.

Kaspersky juga menyatakan bahawa wujud perhubungan langsung antara tempoh skrin antara ibu bapa dan anak mereka termasuk tabiat dalam kalangan orang dewasa.

Timbalan Presiden Bahagian Pemasaran Produk Konsumer Kaspersky, Marina Titova berkata, data itu jelas menunjukkan pertalian langsung antara tabiat orang dewasa dan kanak-kanak.

"Secara asasnya, semakin lama tempoh skrin untuk orang dewasa, maka semakin lama anak mereka akan menghabiskan masa dengan peranti pintar mereka kerana setiap perbuatan kanak-kanak ini adalah daripada pemerhatian mereka.

"Kemudahan teknologi yang ada pada hari ini memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk memantau tempoh skrin anak-anak mereka dengan cara mudah.

"Seharusnya, ibu bapa memanfaatkan kefungsian pengawalan skrin itu supaya mengetahui tempoh masa anak-anak di skrin dapat dihadkan atau memantau kandungan yang sering dilayari," katanya.

TEMPOH masa yang lama dengan peranti pintar pada peringkat awal usia akan meningkatkan risiko masalah pertuturan dalam kalangan kanak-kanak. - FOTO Google
TEMPOH masa yang lama dengan peranti pintar pada peringkat awal usia akan meningkatkan risiko masalah pertuturan dalam kalangan kanak-kanak. - FOTO Google

Pakar perubatan tempatan juga menjelaskan bahawa masalah 'speech delay' ini sering berlaku apabila tempoh waktu anak-anak terlalu lama dengan skrin dan pendekatan ibu bapa yang membenarkan pengguna peranti pintar pada peringkat usia awal.

Masalah 'speech delay' berkenaan dapat dikurangkan jika ibu bapa memainkan peranan yang lebih praktikal seperti mengehadkan tempoh waktu dan sentiasa memantau aktiviti anak mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 November 2021 @ 7:00 AM