LAPTOP terbaik untuk penyedia kandungan.
LAPTOP terbaik untuk penyedia kandungan.
BAR sesentuh yang diletakkan di bahagian atas papan kekunci membolehkan pengguna melakukan suntingan dengan mudah.
BAR sesentuh yang diletakkan di bahagian atas papan kekunci membolehkan pengguna melakukan suntingan dengan mudah.
KEUPAYAAN MacBook Pro 2020 16 inci tidak perlu dipertikaikan lagi.
KEUPAYAAN MacBook Pro 2020 16 inci tidak perlu dipertikaikan lagi.
Muhammad Saufi Hassan


PEREKA kandungan pada hari ini sudah semakin popular, malah ia adalah platform paling mudah untuk menzahirkan minat, penceritaan sesuatu lokasi, vlog atau reviu makanan.

Ia secara tidak langsung menjadikan pemilihan laptop sangat penting untuk membuat suntingan video menerusi perisian sedia ada dan peranti berkenaan perlu 'bebas crashed' untuk mengurangkan sakit kepala pereka kandungan.

Bayangkan jika suntingan video hampir siap dan secara tiba-tiba laptop anda tidak mampu berfungsi dengan baik atau mimpi ngeri setiap penyunting apabila ia 'crashed' tanpa sebarang fail simpanan.

Sudah tentu keadaan itu mengundang 'sakit kepala' kepada pereka kandungan sedangkan perkara itu boleh dielakkan jika pemilihan laptop dengan bajet bersesuaian.

Minggu ini, #ITMetro akan menyenaraikan tiga laptop terbaik untuk tugasan berkenaan tanpa perlu bimbang masalah 'crashed' atau tidak berfungsi.

PENGGUNA boleh melakukan padanan spesifikasi berdasarkan bajet serta kepenggunaan.
PENGGUNA boleh melakukan padanan spesifikasi berdasarkan bajet serta kepenggunaan.

Apple MacBook Pro 2020 versi 16 inci

Ia adalah pemenang jelas. Penulis tidak perlu bersusah payah melakukan timbang tara prestasi sebaliknya produk keluaran Apple iaitu MacBook Pro 2020 versi 16 inci ini adalah 'raja' untuk semua laptop penyedia kandungan.

Hampir semua pereka kandungan profesional menggunakan peranti berkenaan kerana ia bukan saja berkuasa daripada aspek prestasi, malah tidak mempunyai masalah dalam pelaksanakan sintesis video atau animasi.

Penulis turut menggunakan laptop berkenaan untuk melakukan suntingan video resolusi tinggi dan tidak pernah sekali pun mengalami masalah 'crashed' atau peranti gagal berfungsi dengan baik.

Malah, ketahanan baterinya adalah amat mengagumkan apabila tanpa sokongan pengecas, penulis mampu untuk melaksanakan tugasan suntingan video dengan jangka masa lebih 12 jam penggunaan.

Bar sesentuh yang diletakkan atas papan kekunci MacBook Pro ini juga amat membantu untuk melakukan suntingan seperti mencari 'timeline' ketika suntingan, membuat potongan durasi atau menukar tetingkap dengan mudah.

Jika diberikan skala pemarkahan antara 0 hingga 10, penulis akan menyatakan bahawa MacBook Pro 2020 versi 16 inci mencapai hampir semua markah penuh.

Pemarkahan untuk peranti ini adalah 9.8 / 10. Apple juga sangat mesra kepada pengguna dalam aspek pemilihan spesifikasi apabila pengguna boleh membuat padanan spesifikasi MacBook mereka berdasarkan tugasan serta bajet.

ACER Conceptd 7 Pro satu laptop yang baik bagi penyedia kandungan termasuk keupayaan skrin paparan dengan tona warna tepat.
ACER Conceptd 7 Pro satu laptop yang baik bagi penyedia kandungan termasuk keupayaan skrin paparan dengan tona warna tepat.

ASUS ZenBook Duo (UX481FL)

Jenama Asus cukup terkenal dalam segmen kelas permainan dan boleh dikatakan mereka mendominasi untuk segmen berkenaan.

Bagaimana pula untuk segmen produktiviti terutama menyediakan laptop yang memenuhi tuntutan keperluan pereka kandungan.

Tidak mengecewakan, malah Asus tetap berjaya dalam menampilkan laptop daripada model ASUS ZenBook Duo.

Ia peranti yang direka khusus untuk pereka kandungan dan kali ini Asus lebih berani dengan penampilan skrin tambahan yang diletakkan atas papan kekunci.

Untuk membuat suntingan, skrin kedua itu secara tidak langsung membantu untuk melakukan pelbagai suntingan, rujukan kepada tetingkap lain dan paling utama memudahkan kerja.

Bagaimanapun, kekurangan yang jelas dirasai apabila papan kekunci berada begitu dekat dengan kerangka dan membuatkan pergelangan tangan agak tidak selesa.

Laptop ini juga agak tebal dan ketahanan baterinya boleh mengganggu tugasan jika pengguna berada dalam mod 'on the move'.

Acer ConceptD 7 Pro

Acer turut berjaya mencuri tumpuan pengguna bagi segmen penyedia kandungan apabila memperkenalkan Acer ConceptD 7 Pro dengan penawaran prestasi yang cukup baik.

Laptop ini boleh dibanggakan apabila mampu melaksanakan setiap tugasan 'berat' tanpa sebarang masalah.

Ia termasuk melakukan suntingan video resolusi tinggi, sintesis animasi kompleks, laptop Acer ConceptD 7 Pro ini mampu untuk melakukan apa saja dengan padanan spesifikasi yang baik.

Pastinya, Acer akan memperkukuhkan lagi segmen produk daripada ConceptD pada masa depan dan pastinya pelbagai penawaran akan dibuat untuk 2021.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2020 @ 6:10 AM