ConceptD 7 berupaya melakukan tugasan berat dalam masa singkat.
ConceptD 7 berupaya melakukan tugasan berat dalam masa singkat.
Muhammad Saufi Hassan


MEMILIKI kelengkapan set desktop atau laptop yang baik sudah menjadi kemestian buat penyedia kandungan atau ‘content creator’ memandangkan tugasan berat seperti sintesis video memerlukan perkakasan terkini.

Kebanyakan penyedia kandungan akan memilih untuk melakukan tugasan di set desktop mereka dan wujud keperluan untuk melakukan tugasan bagi mereka yang sering bergerak daripada satu lokasi ke lokasi lain.

Jika bergantung kepada set desktop, pastinya penyedia kandungan hanya duduk statik saja dan terpaksa mengorbankan masa di pejabat atau di rumah untuk menyiapkan kandungan mereka.

Namun, kehadiran ConceptD 7 iaitu laptop yang dicipta khusus untuk penyedia kandungan banyak memberi kemudahan dan kini mereka tidak perlu duduk di pejabat untuk menyiapkan tugasan sebaliknya boleh dilaksanakan di mana-mana saja.

Laptop ini membuktikan keupayaannya apabila mampu melakukan sintesis video, animasi dan apa saja tugasan berat dalam masa yang singkat biarpun format video diletakkan dalam resolusi Definisi Ultra Tinggi (UHD) mahupun 4K.

Tona warna skrin paparan ConceptD mempunyai bacaan Delta E kurang pada tahap 2 manakala skrin paparan menggunakan resolusi 4K serta panel IPS.
Tona warna skrin paparan ConceptD mempunyai bacaan Delta E kurang pada tahap 2 manakala skrin paparan menggunakan resolusi 4K serta panel IPS.

Untuk memberi penjelasan berhubung keupayaan laptop ini, Video Editor Unit Multimedia, The New Straits Times Press (NSTP) Nur Azreen Surani berkongsi pengalaman tatkala menggunakan peranti ini.

Nur Azreen berkata, sebelum ini tugasannya banyak terganggu berikutan laptop yang digunakan tidak menepati spesifikasi sebagai penyedia kandungan dan akibatnya perlu membazir masa selama berjam-jam untuk sintesis video yang singkat.

“Sebelum ini, saya banyak membazirkan masa dengan menunggu proses sintesis video siap. Lagi tinggi resolusi serta durasi video berkenaan, lagi panjang masa saya perlu menunggu dan ia menjejaskan produktiviti seharian.

“Bagaimanapun, selepas menggunakan laptop ConceptD 7 menjadikan tugasan produktiviti semakin baik dan saya mampu untuk menyiapkan banyak video sehari dalam keadaan mudah alih.

“Saya boleh lakukan proses sintesis di mana saja saya berada tanpa berada statik di pejabat. Jika ada penyedia kandungan di luar sana yang mahukan laptop berkuasa, saya cadangkan untuk memiliki ConceptD 7,” katanya.

ConceptD 7 menawarkan spesifikasi terkini serta mampu melakukan sintesis video dalam masa yang sangat singkat.
ConceptD 7 menawarkan spesifikasi terkini serta mampu melakukan sintesis video dalam masa yang sangat singkat.

Menyentuh aspek spesifikasi, laptop ConceptD 7 menggunakan pemproses terkini Intel Core i7-9750H yang dipadankan bersama keupayaan memori (RAM) 16GB DDR4 dengan frekuensi kelajuan 2666MHz.

Sistem storan menggunakan 512GB SSD PCIe iaitu jenis penyimpanan data terbaru yang menawarkan kelajuan bacaan data manakala unit pemproses grafik (GPU) menggunakan kad keluaran NVIDIA iaitu RTX 2060.

ConceptD bijak melakukan padanan kad grafik NVIDIA RTX 2060 memandangkan GPU berkenaan sesuai untuk tugasan sintesis video di samping sokongan sistem storan generasi baharu.

Sesuai untuk penyedia kandungan, sudah pastinya mereka mahukan kejituan dalam tona warna skrin paparan dan ConceptD 7 ini mempunyai bacaan Delta E kurang pada tahap 2 manakala skrin paparan menggunakan resolusi 4K serta panel IPS.

Secara keseluruhannya, laptop ConceptD 7 sememangnya sebuah peranti yang sangat sesuai untuk penyedia kandungan kerana ia menawarkan spesifikasi terkini serta mampu untuk melakukan sintesis video dalam masa yang sangat singkat.

Prestasi laptop berkenaan sangat mengagumkan jadi tidak hairan penyedia kandungan kini lebih memilih ConceptD berbanding jenama lain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 January 2020 @ 10:36 AM