PLATFORM media sosial pada hari ini memberi segmen pendapatan baharu kepada pengguna dan peluang masih terbuka luas.
PLATFORM media sosial pada hari ini memberi segmen pendapatan baharu kepada pengguna dan peluang masih terbuka luas.
Muhammad Saufi Hassan


LEDAKAN keupayaan media sosial hari ini banyak mempengaruhi kehidupan malah ia juga turut mencipta 1001 bentuk kandungan kreatif daripada pelbagai saluran.

Pada masa sama, ia mewujudkan lebih banyak sektor baharu termasuk penyedia kandungan atau 'content creator' yang semakin mendapat tempat pada hari ini.

Platform seperti YouTube, TikTok, Instagram, Facebook dan sebagainya menjadi konduit utama kepada penyedia kandungan ini menghasilkan karya kreatif mereka.

Namun, bagi penyedia kandungan profesional, kreativiti serta penghasilan karya unik hanya dapat dicapai menerusi keupayaan 'mesin suntingan' yang berkuasa.

Setiap penyedia kandungan mementingkan tiga faktor utama iaitu kepantasan sesuatu suntingan dilaksanakan, keupayaan sesebuah peranti dan kreativiti menerusi penyuntingan.

Berkongsi pengalaman, penyedia kandungan terkenal, Ho Ming Yue menyatakan bahawa sesebuah hasil seni atau kreativiti berkenaan hanya dapat dicapai jika elemen penting seperti idea asal serta suntingan sistematik dapat dikalibrasikan.

"Kedua-dua elemen berkenaan hanya boleh dicapai menerusi peranti berkuasa memandangkan kita akan menggunakan banyak kesan grafik, elemen grafik dan menaiktaraf visual supaya lebih profesional.

"Pada ketika ini, saya menggunakan peranti keluaran Apple iaitu MacBook Pro 2021 yang menggunakan cip pemproses M1 Max sekali gus memudahkan tugasan saya kerana tidak perlu membawa banyak peranti, sebaliknya hanya MacBook ini untuk semua keadaan.

PENYEDIA kandungan perlu dilengkapi dengan perkakas sepatutnya untuk menjimatkan masa ketika proses penghasilan kreativiti dilakukan.
PENYEDIA kandungan perlu dilengkapi dengan perkakas sepatutnya untuk menjimatkan masa ketika proses penghasilan kreativiti dilakukan.

"Bagi penghasilan sesebuah video kreatif, saya akan menggunakan beberapa teknik khusus dalam aspek sudut penggambaran, elemen grafik, kesan grafik dan penataan cahaya," katanya.

Menurutnya, dia tidak berdepan dengan sebarang masalah prestasi dan peranti berkenaan adalah sifar 'downtime' sekali gus tugasan suntingan boleh dilaksanakan di mana saja.

Katanya, masalah yang sering dihadapi sebelum ini adalah tidak banyak peranti yang mampu menyokong keperluan yang dikehendakinya termasuk setiap proses suntingan serta kesan grafik mengambil masa yang lama.

"Selain itu, penting bagi penyedia kandungan untuk memiliki peranti khusus yang mampu memberikan tona warna sebenar, paparan MacBook Pro generasi baru ini memiliki segalanya bermula daripada keupayaan prestasi sehingga kepada jangka hayat bateri yang lama.

"Saya sering melakukan suntingan di luar, hanya membawa MacBook Pro dan membuat beberapa suntingan sehingga siap dan tidak perlu risau tentang mencari punca kuasa kerana bateri MacBook Pro ini mampu bertahan sepanjang hari biarpun dengan kepenggunaan paling optimum.

"Bagi penyedia kandungan, masa dan kecekapan sesebuah peranti adalah penting supaya kita dapat memberi fokus kepada penghasilan kandungan lain," katanya.

Menurutnya, wujud masalah bagi penyedia kandungan apabila klien meminta satu skim warna khusus namun apabila suntingan dilakukan skim terhasil adalah tidak sama.

HASIL kreativiti yang digabungkan dengan keupayaan perkakas akan menghasilkan sebuah kandungan unik sekali gus berbeza dengan yang lain.
HASIL kreativiti yang digabungkan dengan keupayaan perkakas akan menghasilkan sebuah kandungan unik sekali gus berbeza dengan yang lain.

Beliau berkata, ini berlaku kerana paparan peranti tidak memberikan kejituan skim warna, namun sepanjang menggunakan peranti MacBook Pro ini, masalah berkenaan tidak berlaku.

"Sepanjang saya menggunakan peranti MacBook Pro yang dikuasakan dengan silikon baharu Apple ini, saya tidak lagi menghadapi masalah berkenaan.

"Walaupun proses suntingan video membabitkan resolusi 4K dengan kepelbagai kesan grafik, ia tidak menghadapi sebarang masalah dan tempoh proses berkenaan adalah lebih pantas daripada sebelumnya," katanya.

Katanya, penyedia kandungan tidak boleh membazir masa dengan suntingan dan masalah dalam proses berkenaan seperti 'lagging' atau 'crash' kerana ia akan mengganggu momentum untuk penghasilan karya seterusnya.

Dalam memenuhi tugasan daripada pelanggan, menurutnya, kebanyakan video dihasilkan dalam resolusi 1080p serta 4K dan kesediaan peranti untuk melakukan proses suntingan sepanjan masa sangat diperlukan.

"Kita berperang dengan 'deadline', jadi kita akan minimumkan serendah mungkin masalah terhadap peranti dan menerusi MacBook Pro, saya boleh katakan sifar peratus untuk 'downtime' dan boleh melakukan tugasan kompleks pada setiap masa serta setiap keadaan tanpa masalah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2022 @ 7:00 AM