HM Digital

Anda tersadai di tepi jalan akibat kerosakan kereta? Dapatkan bantuan segera melalui aplikasi CARPUT.

CARPUT menawarkan anda cara yang mudah, selamat dan boleh dipercayai untuk mendapatkan akses kepada bantuan jalan raya apabila anda memerlukannya.

Aplikasi ini direka untuk menawarkan penyelesaian terhadap sebarang kesulitan dialami setiap pengguna yang berdepan kerosakan mahupun kemalangan kenderaan.

Ia berfungsi menghubungkan anda dengan panel profesional kerosakan kenderaan, sekali gus membolehkan anda menerima bantuan automotif yang telus.

Antara perkhidmatan ditawarkan termasuk penghantaran minyak, tarik kenderaan, ‘jumpstart’ enjin, penggantian bateri kereta dan tayar, membaiki kerosakan kecil serta banyak lagi.

Anda hanya perlu memuat turun aplikasi di platform App Store atau Play Store untuk memudahkan sebarang urusan dan pertanyaan.

Melalui aplikasi ini, pengguna bukan saja dapat memberitahu mengenai masalah yang dihadapi, malah mengetahui kos kasar yang perlu dibayar. Kemas kini harga minyak semasa turut boleh diperoleh.

Tambah menarik, penghantaran dan pemasangan percuma untuk setiap pelanggan di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Oktober 2017 @ 11:08 AM