Selepas membawa masuk Siri fenix 5 ke Malaysia, AECO Technologies (M) Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Garmin di Malaysia sekali lagi menampilkan tiga produk terbaru Garmin, iaitu vivosmart 3, vivofit jr. dan Forerunner 935.

Kali ini, Garmin memperkenalkan tiga variasi jam tangan pintar yang sesuai untuk kegunaan pelbagai peringkat umur ke arah membantu pengguna untuk kekal cergas dan sihat secara konsisten.

Vivosmart 3 hadir dengan ciri VO2 max, menawarkan pengguna keupayaan untuk mendapatkan pandangan statistik terhadap tahap kecergasan mereka.

Dilengkapi beberapa ciri sama daripada vivosmart, vivofit jr. direka untuk mendorong kanak-kanak antara empat sehingga sembilan tahun melakukan pengembaraan dengan lebih menyeronokkan.

Ia hadir dengan aplikasi mudah alih percuma untuk ibu bapa.

Manakala Forerunner 935 pula adalah jam tangan pitar untuk aktiviti larian dengan ciri GPS dan alat-alat pemantauan prestasi baru yang telah ditambah baik.

Selain pemantaun kadar degupan jantung 24/7, Forerunner 935 turut menyediakan ciri-ciri latihan baru, membolehkan pengguna untuk melaraskan senaman untuk menjadi atlet yang lebih baik.

SPESIFIKASI:

VIVOSMART 3

Harga: RM699

Paparan: OLED

Resolusi: 64x128 piksel

Hayat bateri: Sehingga 5 hari

Warna: Hitam dan ungu

VIVOFIT JR

Harga: RM 399

Resolusi: 64x64 piksel

Hayat bateri: Sehingga 1 tahun

Corak tali: Broken Lava, Digi Camo dan Real Flower.

FORERUNNER 935

Harga: RM2,449

Resolusi: 240x240 piksel

Storan: 64MB

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mei 2017 @ 12:36 PM