SONY  XZ1 compact
SONY XZ1 compact
SONY Xperia XZ1
SONY Xperia XZ1
Afiq Hanif


Sony dikatakan bakal melancarkan Sony Xperia XZ1 dan XZ1 compact pada acara IFA 2017 yang bakal diadakan pada 1 September ini.

Menerusi pengenalan berkenaan, XZ1 akan hadir dengan sistem operasi Android terbaru iaitu Android Oreo selain dikuasakan oleh pemprosesan Snapdragon 835 SoC.

Berukuran 5.2 inci, peranti berkenaan direka bersama kamera belakang pada kapisiti 19MP, manakala kamera selfie 12MP.

Bagi XZ1 compact, ia dicipta lebih kecil berbanding XZ1 pada paparan bersaiz hanya 4.6 inci, sesuai dengan nama modelnya.

Untuk XZ1 Compact, Sony mereka peranti itu berdasarkan pemprosesan yang sama seperti XZ1, namun sistem operasi yang berbeza iaitu Android 8.0.

INFO

SONY XPERIA XZ1

• Harga: tidak diperoleh

• Pemprosesan: Snapdragon 835 SoC

• OS: Android OS

• Saiz: 5.2”

• Kamera: 19MP, 12MP (depan)

SONY XPERIA XZ1 COMPACT

• Harga: Tidak diperoleh

• Pemprosesan: Snapdragon 835 SoC

• OS: Android 8.0

• Saiz: 4.6”

• Bateri: 2,600mAh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Ogos 2017 @ 12:01 AM