WAJAH gaya klasik. FOTO Aziah Azmee
WAJAH gaya klasik. FOTO Aziah Azmee
Yusliza Yakimir Abd Talib

CALITAN gincu merah menyala cukup sinonim dengan gaya klasik wanita ditambah padanan busana tradisi yang tidak lapuk dek zaman, penampilan pasti memukau pandangan.

Solekan ini biasanya kelihatan semula jadi dan tidak berlebihan biarpun mata dan bibir selalunya disolek garang dengan bahagian lain dicalit warna lembut.

Ia sesuai digayakan untuk pelbagai acara terutama ketika menghadiri acara rasmi, juga membuatkan penampilan wanita kelihatan lebih feminin.

Tidak seperti teknik solekan moden lain, solekan klasik sebenarnya lebih mudah dan tidak remeh kerana kesederhanaan adalah tunjang utama teknik solekan ini. Ia juga amat sesuai digayakan mereka yang tidak mahu kelihatan matang sebelum waktu.

Menurut jurusolek Rena Ab Rahim @reena_abrahim, gaya solekan vintaj atau klasik banyak memberi tumpuan riasan pada bahagian bibir agar kelihatan lebih mungil dan seksi. Bahagian mata juga dijadikan titik tumpu pada wajah untuk gaya solekan ini.

Katanya, solekan mata juga adalah sangat penting kerana ia dapat menonjolkan konsep yang diketengahkan.

REENA (kanan) bersama model dalam gaya klasik.
REENA (kanan) bersama model dalam gaya klasik.

“Tekniknya mudah saja iaitu selepas menyapu pembayang mata warna cerah, alis digaris dengan penggaris mata cecair atau pensel dan garisan berkenaan dilebihkan sedikit pada hujung soket mata.

“Walaupun solekan ini sinonim untuk acara permaidani merah, namun bagi yang berani mereka boleh menggayakannya ke majlis makan malam atau keraian. Apa yang pasti anda kelihatan cantik menerusi solekan wajah vintaj bersama bibir mungil dan merah bak delima,” katanya.

Jelas Reena, asas dalam solekan adalah mudah iaitu wanita perlu tahu bahagian yang ingin ditonjolkan bersesuaian dengan konsep yang hendak diketengahkan. Misalnya untuk gaya klasik, sapuan gincu merah terang atau merah bata cukup menggambarkan gaya solekan sebegini.

Bagaimanapun, bahagian paling penting sebelum mengenakan solekan adalah penyediaan wajah atau ‘prep’ bagi memastikan kulit wajah kekal lembap dan solekan sekata dengan sempurna.

Untuk itu katanya, sapukan cecair hidrasi tidak kira sama ada wajah jenis kering atau berminyak untuk melembapkan wajah diikuti serum. Biarkan ia menyerap seketika sambil memakai krim mata.

Langkah seterusnya menyapukan cecair pelembap wajah diikuti primer. Untuk muka berminyak, Reena menyarankan penggunaan primer jenis matte.

Untuk sentuhan terakhir, gunakan penyerlah di bahagian zon T wajah untuk menyerlahkan solekan namun sapuan haruslah tipis saja. Reena menunjukkan langkah solekan untuk majlis bertema klasik bersama model, Raja Norazrin Amira Raja Abdullah.

1. WAJAH sebelum disolek.
1. WAJAH sebelum disolek.

2. WAJAH disapu cecair hidrasi, serum diikuti primer.
2. WAJAH disapu cecair hidrasi, serum diikuti primer.

3. KEMAS dan bentukkan kening dengan pensel kening.
3. KEMAS dan bentukkan kening dengan pensel kening.

4. SELEPAS menyapu alas bedak, lakukan teknik bayangan di bahagian hidung dan tulang pipi.
4. SELEPAS menyapu alas bedak, lakukan teknik bayangan di bahagian hidung dan tulang pipi.

5. SAPUKAN pembayang mata warna cerah diikuti celak mata dan maskara.
5. SAPUKAN pembayang mata warna cerah diikuti celak mata dan maskara.

6. SAPUKAN penyerlah di bahagian zon T wajah.
6. SAPUKAN penyerlah di bahagian zon T wajah.

7. OLES gincu merah untuk efek bibir mungil dan seksi.
7. OLES gincu merah untuk efek bibir mungil dan seksi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 12:52 PM