Yusliza Yakimir Abd Talib

Bekas jerawat yang dalam dan ‘berkawah’ amat mempengaruhi kecantikan wajah dan keterampilan seseorang baik wanita mahupun lelaki. Ia menjadi salah satu permasalahan kulit yang dihadapi ramai orang.

Jerawat yang mengakibatkan masalah ini biasanya lebih besar, dalam dan lambat sembuh. Bagi wanita, bekas jerawat berkawah akan membuat solekan menjadi tidak rata malah menyukarkan mereka merias wajah.

Hampir kebanyakan orang menganggap bekas jerawat berkawah sebagai masalah yang sangat menjengkelkan. Masalah ini tidak hanya mengganggu, bahkan boleh mengurangkan keyakinan diri apabila berdepan orang lain.

Ini kerana bekas jerawat memang sukar dihilangkan malah memerlukan waktu yang cukup lama untuk dapat dikurangkan kesannya.

Tidak hanya itu, penggunaan alat solek yang berlebihan dan salah juga boleh menyebabkan wajah menjadi kusam dan kerengsaan sehingga menimbulkan keradangan pada wajah.

Ramai cuba menghilangkan bekas jerawat berkawah dengan menggunakan pelbagai jenis kosmetik yang banyak mengandungi bahan kimia.

Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui masalah ini tak dapat diatasi sepenuhnya dengan penggunaan produk kecantikan walaupun ia menjanjikan penyembuhan 100 peratus masalah itu.

Hakikatnya, apa-apa rawatan bekas jerawat berlubang tidak dapat mengembalikan ke kulit asal tapi ia boleh dikurangkan lebih cepat melalui rawatan jarum mikro menggunakan alatan khas iaitu dermapen.

Pengasas DR Medispa & Wellness Reko Sentral Kajang Dr Azirawaty Mohd Tadzi berkata, rawatan jarum mikro menerusi dermapen adalah satu kaedah peremajaan kulit untuk mengembalikan penampilan kulit sihat remaja dengan kesan sampingan yang minimum.

Katanya, ia memberi hasil yang sama seperti dermabrasion, laser dan pengelupasan kulit secara kimia, tetapi kurang invasif dan tidak membabitkan pemusnahan lapisan epidermis (lapisan kulit paling atas).

Dengan itu, tempoh pemulihan adalah singkat dan kulit tidak sensitif pada cahaya ultra ungu (UV) seperti yang terjadi apabila membuat rawatan laser dan pengelupasan kulit secara kimia.

Menurutnya, rawatan ini menggunakan sejenis alat iaitu dermapen yang mempunyai jarum halus pada hujungnya bertindak meremajakan kulit yang bermasalah akibat jerawat.

Rawatan ini juga katanya satu kaedah biologi kerana kita menggunakan sel sendiri untuk membaiki kulit dan alat digunakan untung merangsang penyembuhan dan penghasilan sel baru.

“Seperti diketahui, jerawat yang mengering biasanya meninggalkan luka, mulai dari luka kecil hingga jaringan parut. Parut membuat wajah kelihatan berlubang-lubang terutama jerawat dalam yang sampai ke bahagian dalam kulit (dermis).

“Dermapen adalah salah satu alat dengan jarum halus untuk ditusuk di sekitar 0.25 milimeter (mm) sehingga 2.0 mm ke dalam kulit oleh pakar. Kedalaman jarum disesuaikan dengan keadaan wajah pesakit untuk merangsang regenerasi dermis.

“Alat ini digunakan bagi menghasilkan banyak tusukan kecil pada wajah pesakit. Tusukan kecil ini akan menggalakkan pertumbuhan penghasilan kolagen dan elastin. Hasilnya lebih cepat dan berkekalan.

“Ketika rawatan kulit sangat memerlukan serapan kolagen dan serum supaya proses regenerasi kulit nanti akan menghasilkan kulit yang lebih baik dan sempurna.

“Oleh itu ketika prosedur rawatan dijalankan, kita sapukan serum kerana ketika ini manfaat daripada serum yang mengandungi asid hialuronik akan diserap lebih banyak iaitu lapan kali ganda,” katanya.

Katanya, proses penyembuhan selepas rawatan pula bergantung pada pesakit dan biasanya mengambil masa seawal seminggu.

Bagaimanapun, katanya, setiap individu yang ingin mendapatkan rawatan menghilangkan parut berlubang akan diberi penerangan jelas mengenai kaedah yang paling bersesuaian dengan kulit mereka.

Rawatan juga dibentuk mengikut kesesuaian kulit individu dan mengikut keperluan mereka. Ia juga sesuai untuk menebalkan epidermis dan menambah kepadatan dermis bagi kulit yang jadi nipis akibat penggunaan produk pengelupasan.

Selain parut berkawah, rawatan ini juga sesuai untuk individu yang mempunyai parut radang dan mengurangkan kedutan dan menghilangkan jerawat. Bagi masalah jerawat katanya, teknik khusus diperlukan berbanding masalah lain.

“Masalah kedutan pula biasanya dialami wanita meningkat usia kerana struktur kulit mula jatuh disebabkan kolagen yang longgar. Justeru, rawatan ini dapat menegangkan kembali kulit muka tapi perlu dilakukan secara berkala untuk mengekalkannya.

“Kesan sampingan pula sangat minimum asalkan semua prosedur dilakukan mengikut aturan kebersihan seperti sentiasa memakai sarung tangan dan peralatan disteril,” katanya.

Katanya, pada dua hingga tiga hari pertama, kulit akan sedikit kemerahan. Pesakit akan diberikan tatacara penjagaan kulit selepas membuat rawatan. Tiada apa yang perlu dibimbangkan sekiranya pesakit mengikut dengan teliti tatacara yang diberikan.

“Konsep kaedah ini adalah kita ‘rosakkan’ kulit untuk hasilkan kulit baru yang lebih elok dan menggalakkan kolagen kulit,” katanya.

1. WAJAH dibersihkan dengan pencuci muka.
1. WAJAH dibersihkan dengan pencuci muka.

2. MASKER disapu di seluruh wajah.
2. MASKER disapu di seluruh wajah.

3. WAJAH dibiarkan di bawah wap panas selama 10 minit.
3. WAJAH dibiarkan di bawah wap panas selama 10 minit.

4. WAJAH dibersihkan dan bintik hitam dan bintik putih disedut menggunakan penyedut khas.
4. WAJAH dibersihkan dan bintik hitam dan bintik putih disedut menggunakan penyedut khas.

5. SERUM disapukan pada wajah.
5. SERUM disapukan pada wajah.

6. PROSEDUR jarum mikro dilakukan menggunakan dermapen di seluruh wajah.
6. PROSEDUR jarum mikro dilakukan menggunakan dermapen di seluruh wajah.

7. WAP sejuk diarahkan ke wajah untuk mengurangkan rasa sakit.
7. WAP sejuk diarahkan ke wajah untuk mengurangkan rasa sakit.

8. TOPENG LED dipakaikan ke wajah selepas prosedur dermapen selama 15 minit.
8. TOPENG LED dipakaikan ke wajah selepas prosedur dermapen selama 15 minit.

9. DR Azirawaty menunjukkan darah halus yang keluar selepas tusukan jarum dermapen.
9. DR Azirawaty menunjukkan darah halus yang keluar selepas tusukan jarum dermapen.

10. LEBAR dan kedalaman jarum dermapen disesuaikan mengikut keadaan kulit.
10. LEBAR dan kedalaman jarum dermapen disesuaikan mengikut keadaan kulit.

WAJAH kemerahan selepas prosedur akan beransur pulih seawal seminggu.
WAJAH kemerahan selepas prosedur akan beransur pulih seawal seminggu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mei 2018 @ 10:21 PM