BERKAT usaha, doa dan amalan solat Istikharah Syahrul hasilkan wangian amat istimewa.
BERKAT usaha, doa dan amalan solat Istikharah Syahrul hasilkan wangian amat istimewa.
Siti Zarinah Sahib

Lelaki ini pernah diuji apabila mengalami masalah hilang upaya ketika menuntut peringkat doktor falsafah (PhD) Neurosains, jurusan Neurogenesis & Kesihatan Mental di Institut Psikiatri, Psikologi & Neurosains, Kings College London University, United Kingdom (UK), pada 2012.

Ia berlaku secara tiba-tiba apabila pada suatu pagi Muhammad Syahrul Anwar Zainuddin, 35, rasa sakit kepala yang sangat kuat, tidak bermaya hingga menjadi separa lumpuh.

“Terkejut dengan keadaan itu, saya cuba mengangkat kedua-dua kaki dan tangan namun tidak berjaya. Semuanya kaku seolah-olah dalam keadaan lumpuh satu badan beberapa jam lamanya,” katanya yang ketika itu tinggal di London.

Segalanya menjadi sukar apabila doktor di Hospital University College London mengesahkan ujian darah tidak menunjukkan sebarang tanda dia menghidap sebarang penyakit. Cuma ia mungkin berkaitan tekanan kerja yang membuatkan berlaku gangguan pada sistem otot dan saraf.

“Saya akui tinggal seorang diri di London, dengan jadual belajar yang padat menyebabkan agak stres. Ini ditambah dengan isu menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sana yang sejuk menambahkan lagi tekanan,” katanya.

Dia yang dulunya aktif terpaksa menerima hakikat terlantar sakit tanpa diketahui puncanya. Oleh kerana tidak mampu ke kelas dan menguruskan diri sendiri Syahrul terpaksa menghentikan pengajian dan pulang ke Malaysia untuk menyambung rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

“Di PPUKM pelbagai ujian dilakukan dan akhirnya saya disahkan menghidap fibromyalgia. Lebih menyedihkan doktor mengatakan fibromyalgia tiada ubatnya. Ia jarang berlaku dan hanya enam peratus daripada populasi dunia disahkan menghidap penyakit ini.

“Saya hampir putus asa, bayangkan dulunya boleh bergerak cergas tetapi kini agak terhad, hanya terbaring saja dan mengharapkan bantuan orang lain untuk meneruskan kehidupan.

“Ada ketikanya saya hanya mampu bergerak dalam keadaan lemah. Ada ketikanya saya langsung tidak mampu melakukan apa-apa. Berjalan pun terpaksa dipapah dan ada ketikanya terpaksa bertongkat. Lebih menyedihkan saya terpaksa memberhentikan pengajian di peringkat doktor falsafah di London walaupun ia cita-cita sejak kecil,” kata pemegang Ijazah Sarjana Sains Farmakognosi (Perubatan Herba), The School of Pharmacy, University College London itu.

Tidak mudah mengalah dan cuba melawan halangan setiap hari, mendorong Muhammad Syahrul menyibukkan dirinya dengan solat dan berzikir semampu yang boleh. Muhammad Syahrul juga meminta saudara kembarnya supaya membawanya bersama ketika dia keluar bekerja.

Walaupun sekadar duduk di dalam kereta, sekurang-kurangnya dia dapat melihat persekitaran, melatih diri bergerak dan berkomunikasi dengan orang lain supaya tidak menjadi terlalu murung.

“Ada yang mengatakan saya buat-buat sakit dan sengaja tidak mahu bergerak. Keluarga pula kebingungan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Seboleh-bolehnya mereka ingin saya cepat sembuh dan keluar bekerja. Berbekalkan kelulusan ijazah sarjana sudah pasti keluarga mengharapkan saya dapat memegang jawatan tinggi seperti adik-beradik lain,” katanya.

RAWATAN ISLAM ISMAK RUQYAH

Dalam situasi yang sukar begitu, Muhammad Syahrul diperkenalkan pula dengan Rawatan Islam Ismak Ruqyah.

“Di sini saya dilatih merawat diri sendiri menggunakan kaedah zikirullah dan teknik pernafasan bagi menghilangkan masalah gangguan dan ‘membugarkan’ semula aura tenaga dalaman diri.

“Saya juga dilatih memberi tumpuan kepada memperkemas lagi solat lima waktu dan mendisiplinkan diri dengan amalan solat sunat seperti solat Tahajud, Taubat, Dhuha, Istikharah dan Hajat. Saya jadikan ia terapi harian berterusan semampu boleh.

“Saya juga berusaha dengan pelbagai kaedah rawatan lain seperti bekam, akupuntur, kaedah meditasi zikir dan chiropractic bagi merawat tulang serta sendi. Alhamdulillah saya mula merasa proses kesembuhan melalui kombinasi kaedah ini,” katanya.

HASILKAN WANGIAN AROMATERAPI

Ingin berterusan menyibukkan diri dengan aktiviti supaya dapat hindari kemurungan akibat fibromyalgia, berbekalkan RM500 Syahrul membeli beberapa minyak pati aromaterapi tumbuh-tumbuhan dan mula mencium aromanya setiap hari.

Niat awalnya hanya untuk melekakan diri sendiri, supaya tidak melayan sakit namun tidak sangka lama kelamaan bau-bauan minyak pati ini memberikan rasa selesa. Tubuh terasa lebih bertenaga, mood perasaan diri semakin naik dan minda pula lebih segar, mampu untuk fokus serta mengingati semula pelajaran.

“Berlatarkan ilmu perubatan herba, saya berusaha mempraktikkan semula ilmu herba yang dipelajari. Setiap hari saya akan memegang dan mencium bauan aromaterapi ini.

BERKAT usaha, doa dan amalan solat Istikharah Syahrul hasilkan wangian amat istimewa.
BERKAT usaha, doa dan amalan solat Istikharah Syahrul hasilkan wangian amat istimewa.

“Saya dapati bau aroma ini membantu merangsang minda dan tubuh badan saya. Dari situ datang idea dan minat untuk saya menjadi seorang pengadun minyak wangi aromaterapi.

“Pada mulanya sekadar mencuba jaya, belajar mengadun sendiri. Awalnya tidak berapa menjadi namun berkat usaha, doa dan amalan solat Istikharah saya mula dapat menghasilkan wangian yang sangat istimewa,” katanya.

NEURO RAHSIA SAINS BAU-BAUAN

Berikutan kebolehan itu, Muhammad Syahrul diminta gurunya Ustaz Kamal Arifin dari Ismak Ruqyah dan Ustazah Nurul Husna supaya mengadun wangian aromaterapi khas untuk pelajar bagi membantu mereka lebih fokus, senang belajar dan mudah menghafaz al-Quran.

“Dari situ saya mula membuka semula jurnal kajian PhD saya dalam bidang Neurosains Neurogenesis.

“Saya menyelidik laporan kajian saintifik aromaterapi oleh makmal sains antarabangsa seperti di Jepun, Amerika Syarikat, Jerman dan Switzerland serta didapati wangian aromaterapi mampu membantu masalah itu melalui pendekatan sains bau-bauan. Alhamdulillah saya berjaya mendapatkan adunan yang dirasa tepat dan terbukti berfungsi merangsang minda anak,” katanya.

Optimis mengetengahkan khasiat dan kebaikan minyak aromaterapi menerusi jenama AZWAJ bersama dua lagi rakan kongsi Yazid dan Zulqarnain, Syahrul berkata, produk sulungnya, Neuro Functional Aromatherapy Perfume, diformulasi bagi membantu merangsang minda pelajar, kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas. Neuro diadun menggunakan gabungan sinergi lima minyak pati tumbuhan semula jadi seperti gaharu, lavender, vertiver, oren dan lemon.

Memperuntukan kos lebih RM50,000 untuk membina makmal dan studio wangian sendiri, Muhammad Syahrul berkata, ia dapat memenuhi permintaan produknya yang semakin meningkat.

BERKAT usaha, doa dan amalan solat Istikharah Syahrul hasilkan wangian amat istimewa.
BERKAT usaha, doa dan amalan solat Istikharah Syahrul hasilkan wangian amat istimewa.

Mempunyai lebih 40 wakil jualan di seluruh negara, Muhammad Syahrul menyasarkan pertambahan 100 wakil jualan setiap negeri menerusi pelantikan pengedar dan ejen dengan modal serendah RM400. Katanya, syarikat juga optimis meluaskan pasaran produk ke luar negara, terutama negara jiran seperti Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia.

“Sejak memperkenalkan produk ini, saya hanya melakukan pemasaran secara ‘offline.’ Insya-Allah dengan pelantikan lebih ramai wakil jualan, produk ini akan dipasarkan juga secara menyeluruh di atas talian seperti Instagram neuro_perfume dan Facebook Neuro,” katanya yang kini dalam usaha bekerjasama dengan saintis universiti tempatan bagi mengetengahkan fungsi minyak wangian aromaterapi Neuro sebagai terapi alternatif untuk kesihatan minda.

Neuro dijual pada harga RM28 (3ml), di seluruh Malaysia. Untuk makluman produk, mahu menjadi ejen dan stokis sila layari laman sesawang www.azwaj.com.my atau boleh menghubungi di talian 017-2997992 untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 April 2018 @ 11:57 AM