SOLEKAN yang menampakkan gaya glamor.
SOLEKAN yang menampakkan gaya glamor.
1. CALIT bedak asas Cheda ke seluruh wajah kemudian sapu menggunakan span. Pastikan jangan terlalu tebal.
1. CALIT bedak asas Cheda ke seluruh wajah kemudian sapu menggunakan span. Pastikan jangan terlalu tebal.
2. GUNAKAN berus, sapu rona cerah pada keseluruhan kelopak mata.
2. GUNAKAN berus, sapu rona cerah pada keseluruhan kelopak mata.
3. LUKIS alis menggunakan celak hitam.
3. LUKIS alis menggunakan celak hitam.
4. SAPUAN maskara sangat penting bagi memanjang dan melebatkan bulu mata.
4. SAPUAN maskara sangat penting bagi memanjang dan melebatkan bulu mata.
5. PEMERAH pipi disapu pada bahagian atas tulang pipi.
5. PEMERAH pipi disapu pada bahagian atas tulang pipi.
6. GINCU menjadikan wajah kekal menyerlah.
6. GINCU menjadikan wajah kekal menyerlah.
Siti Zarinah Sahib


Memasuki hari kelima Syawal, banyak undangan rumah terbuka diterima. Setiap satunya perlu dihadiri memandangkan datangnya daripada kenalan rapat. Pada masa yang sama anda perlu memikirkan busana dan juga solekan kerana kedua-duanya sama penting.

Ibarat irama dan lagu, solekan dan penampilan tidak dapat dipisahkan. Jika pilihan pakaian memenuhi tema majlis apa kata untuk riasan wajah anda tekankan kepada konsep semula jadi namun masih menampakkan gaya glamor.

Menurut jurusolek profesional Aida G yang juga pengasas bedak asas jenama Cheda by Aida G, fungsi bedak asas adalah membantu menutupi kekurangan wajah jika digunakan dengan betul.

Bedak asas ibarat ‘nadi’ dalam memulakan solekan kerana pemilihan warna yang kena dengan kulit akan membuatkan pergerakan jari -jemari lebih lancar ketika membuat lakaran.

“Oleh sebab itu, pilih bedak asas paling serasi agar wajah tidak nampak seperti tepung atau berbelak apabila sapuan dijalankan. Untuk bedak asas Cheda tidak memerlukan penggunaan yang banyak kerana teksturnya sangat ringan.

“Cuma ambil sedikit pada hujung jari kemudian buat titik pada lima bahagian wajah iaitu kedua-dua pipi, dahi, hidung dan dagu. Ratakan sama ada dengan jari, berus atau span. Kemudian sudahi dengan sapuan bedak tabur atau debu untuk liputan lebih sekata,” katanya.

Tambahnya lagi, pemilihan rona bedak asas sangat penting kerana ia meninggalkan kesan secara menyeluruh. Jika salah pilih, ia akan menjejaskan kesempurnaan penampilan. Ditambah pula dalam keadaan cuaca panas yang membuatkan sapuan mudah cair seterusnya menjadikan wajah anda bertompok.

“Sebenarnya anda tidak perlu menggunakan jumlah yang banyak. Bedak asas yang baik akan memberikan kesan sekata tatkala dilayangkan pada wajah. Ia hanya memerlukan satu lapisan nipis bagi menutupi cela,” katanya.

Selain bedak asas, penggunaan rona pembayang mata juga sama pentingnya. Mata yang cantik akan memberikan kesudahan yang diinginkan.

Terdapat pelbagai panduan dalam merias mata, ada memilih berdasarkan warna baju, ada pula mengikut rona kesukaan mereka. Sebaiknya pilih pembayang mata semula jadi dalam kelompok kebiru-biruan, merah jambu, ungu digabungkan dengan coklat atau keperang-perangan. Elakkan warna terlalu terang kerana ia akan menyebabkan wajah kelihatan garang.

“Untuk menghadiri acara rumah terbuka riasan kemas dan cantik menjadi matlamat wanita. Oleh itu jangan sapu terlalu banyak warna terutama pada mata.

“Pembayang mata daripada kelompok tanah dan pastel sesuai untuk pelbagai acara dan kebanyakan wanita selesa mengenakannya,” katanya yang menasihati wanita agar tidak melupakan celak kerana ia pencetus kepada penampilan lebih segar.

Untuk sapuan pemerah pipi, pastikan anda menggunakan berus kuas besar bagi meliputi kesemua bahagian tulang pipi. Gerakkan ke arah menaik beberapa kali sehingga kesan merah jambu boleh dilihat.

Kemudian akhiri dengan gincu dan calitan pengilat bibir agar bibir nampak seksi dan menyerlah. Pilih daripada kumpulan merah jambu atau sedikit kemerahan. Elakkan memakai gincu merah cili atau terlalu gelap kerana ia akan membuatkan wajah kelihatan ‘janggal’ dan kurang manis.

“Walaupun ramai ingin mencuba rona terang seperti merah cili namun percayalah tidak semua ‘kena’ dengannya. Anda boleh membuat pilihan sama ada ingin tampil anggun dan bersahaja atau ingin kelihatan jelek pada pandangan mata orang lain. Untuk acara rumah terbuka kekal sopan dan manis itulah yang sepatutnya,” jelas Aida G yang giat mempromosikan Cheda by Aida G menerusi media sosial. Pembelian hanya boleh dilakukan menerusi dalam talian Instagram dan Facebook.

Panduan memilih bedak asas:

1. Sapu pada rahang

Kesilapan utama dalam memilih bedak asas adalah mencuba dengan mencalitkannya pada tangan. Sebenarnya warna kulit tangan tidak sama dengan kulit wajah anda. Untuk mendapatkan ton yang tepat sapu pada rahang kemudian lihat sama ada ia sesuai atau tidak dengan warna kulit anda.

2. Tentukan warna kulit

Sebelum membeli bedak asas lihat dan kenal pasti dahulu jenis kulit. Bagi jenis kulit berminyak disarankan mengambil bedak asas bebas minyak manakala kulit kering sapuan bedak asas jenis krim lebih padan dan terbaik.

3. Pakai Pelembap

Sebelum mengenakan bedak asas bersihkan wajah terlebih dahulu dengan pelembap. Ini penting bagi memastikan sapuan menyerap terus dan menutup cela pada wajah. Bedak asas juga lebih tahan lama.

4. Ketahui jenis bedak asas

Pilih bedak asas serasi jenis kulit. Lazimnya, bedak asas berbentuk cecair dan krim sering digunakan.

5. Cipta warna sendiri

Ada jurusolek mencampurkan dua ton bedak asas bagi mengimbangi warna kulit. Ia juga bagi mendapatkan kesan yang lebih sepadan selepas memakai bedak debu. Campuran beberapa warna juga pastinya akan memberi hasil yang lebih sekata dan kena pada wajah seseorang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Jun 2017 @ 12:03 AM