KAKITANGAN Hotel Northam All Suite menunjukkan kambing golek yang disediakan sebagai tarikan juadah berbuka puasa.
KAKITANGAN Hotel Northam All Suite menunjukkan kambing golek yang disediakan sebagai tarikan juadah berbuka puasa.

Kambing golek dan rendang daging serta masakan kampung menjadi pilihan Hotel Northam All Suite, Pulau Pinang untuk juadah berbuka puasa pada Ramadan ini.

Kehadiran Ramadan al-Mubarak diserikan dengan sajian bertema Selera Kampung sebagai tarikan utama yang bermula dari pelbagai hidangan sup termasuk sup cendawan dan sup kambing.

Bukan itu sahaja, pelbagai aneka pilihan kurma, kuih-muih tradisi Melayu, laksa, sate, roti jala, roti canai turut menjadi pembuka selera buat pengunjung ke hotel berkenaan.

Masakan ayam percik, rendang daging, kari ikan, sotong masak sambal, sayur pilihan, ulam-ulaman dan pastinya kambing golek boleh membuatkan pengunjung rambang mata.

Turut disediakan gerai dihiasi cantik di samping berbuka puasa di tepi kolam renang bertempat di Roof Terrance di tingkat 9 membolehkan pengunjung melihat keindahan senja bersama keluarga dan teman.

Tempahan dibuka sekarang dengan tawaran promosi untuk pelanggan terawal iaitu baucar berbuka puasa bermula 26 Mei ini.

Pembelian awal layak menikmati juadah berbuka puasa pada harga RM75 (dewasa) dan RM45 (kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun).

Harga biasa adalah RM88 (dewasa) dan RM58 (kanak-kanak) selain turut menawarkan ‘Beli 9 Percuma 1’ sepanjang Ramadan serta tempahan bilik khas berbuka puasa secara kumpulan melebihi 30 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2017 @ 10:09 AM