Kesan angin katabatik di kawasan berkenaan dan pemandangan hebat itu dipersembahkan sebagai Picture of the Day pada Khamis oleh Copernicus. FOTO Agensi
Kesan angin katabatik di kawasan berkenaan dan pemandangan hebat itu dipersembahkan sebagai Picture of the Day pada Khamis oleh Copernicus. FOTO Agensi
Agensi

London: Lautan Antartika yang membeku menjadi ais apabila ditiup angin kencang membentuk imej luar biasa dan menakjubkan.

Foto gambaran itu dapat dirakamkan Copernicus, komponen pemerhatian Bumi dalam sebahagian program angkasa lepas Kesatuan Eropah.

Mirror UK melaporkan kejadian itu menunjukkan kesan angin katabatik di kawasan berkenaan dan pemandangan hebat itu dipersembahkan sebagai Picture of the Day pada Khamis oleh Copernicus

Copernicus menulis: "Di Antartika, angin katabatik (angin kencang yang disebabkan oleh perbezaan tekanan tinggi) menyumbang kepada iklim ekstrem benua itu. Kadang-kadang boleh mencapai kekuatan taufan dan membentuk ais laut, seperti yang berlaku di Pulau Inexpressive pada 6 Mac."

Imej itu ditangkap oleh satelit Sentinel-2, yang memantau perubahan dalam penutup tanah, tumbuh-tumbuhan, dan kawasan pantai dari semasa ke semasa.

Pulau Inexpressive ialah sebuah pulau kecil berbatu di Teluk Terra Nova di Antartika.

Pada 2017, jenis angin yang sama mengakibatkan pembentukan fenomena yang jarang ditemui oleh saintis di Antartika.

Dikenali sebagai 'ais naga', pembentukan semula jadi yang dramatik berlaku apabila angin kencang meniup air di sekeliling walaupun ia membeku.

Pada masa itu, Dr Guy Williams, ahli Institut Kajian Marin dan Antartika di Universiti Tasmania dan seorang daripada penyelidik yang melihat skala ais, berkata ais kulit naga adalah sangat jarang berlaku dan pelik, tidak kelihatan di Antartika sejak 2007.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2024 @ 11:18 AM