GELOMBANG udara panas dari Maghreb di Afrika Utara dan Sepanyol akan menyebabkan suhu meningkat bermula hujung minggu ini dan mencapai kemuncaknya sekitar pertengahan minggu. FOTO AFP
GELOMBANG udara panas dari Maghreb di Afrika Utara dan Sepanyol akan menyebabkan suhu meningkat bermula hujung minggu ini dan mencapai kemuncaknya sekitar pertengahan minggu. FOTO AFP
AFP

PARIS: Penduduk di Eropah akan berdepan cuaca panas minggu depan dengan suhu setinggi 40 darjah Celsius dalam gelombang haba tidak dijangka yang melanda kebanyakan kawasan di Eropah Barat, kata peramal kaji cuaca.

Dari Great Britain ke Belgium dan Greece, gelombang udara panas dari Maghreb di Afrika Utara dan Sepanyol akan menyebabkan suhu meningkat bermula hujung minggu ini dan mencapai kemuncaknya sekitar pertengahan minggu.

Agensi meteorologi Sepanyol mengeluarkan amaran kuning untuk cuaca buruk esok dan menjangka negara itu mengalami musim panas luar biasa berbanding normal seperti tahun lalu.

Di Jerman, peramal kaji cuaca meramalkan suhu meningkat sehingga 37 darjah Celsius pada Selasa dan 38 darjah Celsius pada Rabu dengan cuaca panas sama turut dijangka melanda Belgium dan Switzerland.

Pejabat kaji cuaca Britain menyuarakan kebimbangan gelombang haba mungkin mencetuskan ‘ribut ganas’ dan memberi amaran kepada penduduk untuk menjangka cuaca yang panas, kering dan tidak stabil.

Greece akan menjadi negara paling terjejas dengan suhu mencecah 39 darjah Celsius pada hujung minggu.

Bermula Selasa ini, suhu di Perancis akan meningkat antara 35 hingga 40 darjah Celsius dan kekal tinggi pada waktu malam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2019 @ 11:00 AM