JONATHAN menyambut ulang tahun ke-120, baru-baru ini.
JONATHAN menyambut ulang tahun ke-120, baru-baru ini.
Agensi

London: Kura-kura tertua di dunia yang diberi nama Jonathanmeraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-190 di St Helena, pulau terpencil di Atlantik Selatan, baru-baru ini.

Portal NDTV melaporkan, Jonathan yang lahir pada 1832 dibawa dari Seychelles ke wilayah luar negara UK itu, 50 tahun kemudian.

Haiwan itu menjalani kehidupan selesa di Plantation House, kediaman rasmi gabenor St Helena.

Pada ulang tahun kelahirannya, ia diraikan dengan acara sepanjang hujung minggu termasuk pengeluaran setem khas.

Kemuncak sambutan adalah pada Ahad dengan kek ulang tahun yang dibuat daripada makanan kegemaran Jonathan.

Jonathan menggemari lobak merah, salad, timun, epal dan pir, menurut pengendalinya yang ditemuramah oleh AFP pada 2017.

Walaupun usianya sudah lanjut, haiwan itu menyukai seekor kura-kura betina bernama Emma, yang hanya berusia 50-an.

"Dia masih menyukai kura-kura betina itu dan saya mendengarnya berada bersama Emma di kandang kecil.

"Saya perlu memerhatikannya apabila melakukan perkara itu... ia tiada dalam tugas semasa saya menjadi gabenor," kata gabenor pada masa itu, Lisa Phillips.

Pada awal tahun ini, Jonathan mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness (GWR) sebagai haiwan darat tertua di dunia dan kura-kura tertua, pada bulan ini.

"Apabila kamu fikir, jika ia lahir pada tahun 1832 era Georgia, perubahan dalam dunia," kata Joe Hollins, seorang doktor haiwan bersara yang juga penjaga utama Jonathan pada masa ini.

"Perang dunia, kebangkitan dan kejatuhan Empayar British, banyak gabenor, raja dan permaisuri bertukar ganti, ia agak luar biasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2022 @ 12:15 PM