FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Reuters

Rom: Itali bakal memulakan kempen dos penggalak Covid-19 kedua kepada semua rakyatnya yang berumur lebih 60 tahun tidak lama lagi, kata menteri kesihatannya pada Isnin.

Langkah itu diambil selepas menerima lampu hijau daripada agensi kesihatan Kesatuan Eropah.

Saranan itu dikeluarkan pada Isnin, di tengah peningkatan baharu dalam jangkitan dan kemasukan ke hospital di seluruh Eropah.

Ia dijangka memudahkan keputusan negara untuk mempercepatkan kempen vaksinasi yang semakin perlahan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Menteri Kesihatan Itali, Roberto Speranza berkata, kerajaan sudah memberi kebenaran kepada 20 pentadbiran wilayah Itali untuk memulakan kempen penggalak kedua, selepas kelulusan Agensi Ubat-Ubatan Itali (AIFA).

"Semua bukti saintifik menunjukkan dos tambahan penggalak boleh melindungi orang ramai, terutamanya yang lemah dan warga emas daripada dimasukkan ke hospital," kata Speranza kepada media tempatan, Rai.

Itali merekodkan peningkatan kes Covid-19 meningkat pada Julai.

Jumlah jangkitan harian minggu lalu melepasi 100,000 buat kali pertama sejak Februari dan kemasukan ke hospital juga dilihat meningkat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2022 @ 10:28 AM