GAMBAR fail menunjukkan lelaki berjoging di dataran Navona yang lengang. FOTO Reuters.
GAMBAR fail menunjukkan lelaki berjoging di dataran Navona yang lengang. FOTO Reuters.
BERNAMA

ROM: Langkah kuarantin yang dikuatkuasakan di seluruh Itali tiga minggu lalu untuk membendung wabak Covid-19 akan dilanjutkan, kata Menteri Kesihatan Roberto Speranza, lapor agensi berita Rusia, Sputnik.

“Hari ini, negara kita masih menjadi pusat krisis. Kita tidak boleh kurangkan langkah pencegahan. Langkah itu akan berakhir pada 3 April dan ia pasti akan dilanjutkan,” kata Speranza ketika muncul di stesen televisyen, pada Ahad.

Beliau berkata, kerajaan akan bermesyuarat pada Isnin untuk membincangkan mengenai langkah kuarantin itu.

“Kita masih perlu berkorban. Kita memerlukan lebih banyak masa,” ujarnya.

Itali menjadi pusat penularan wabak COVID-19 di Eropah. Sehingga 5 petang Ahad, negara itu mencatatkan lebih 97,000 kes jangkitan dan lebih 10,700 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2020 @ 11:43 AM