AMANDA dan Julia tidak pernah menyangka untuk menimang cahaya mata pada masa sama.
AMANDA dan Julia tidak pernah menyangka untuk menimang cahaya mata pada masa sama.
Agensi

London: Kembar seiras dari United Kingdom (UK) Amanda Caston dan Julia Baldree yang kedua-duanya berusia 27 tahun melahirkan anak pada hari sama, dengan beza beberapa minit saja dengan satu sama lain.

Amanda melahirkan anak lelakinya, Miles manakala Julia menyambut anak kembar lelaki bernama Josiah dan Carter pada 28 Mac lalu.

Metro UK melaporkan kembar dari Farragut, Tennessee itu tidak merancang untuk melahirkan cahaya mata pada hari sama, dan apa yang berlaku adalah satu kebetulan.

Amanda dan Julia sangat rapat sejak kecil, serta hamil pada masa yang sama malah teruja anak mereka akan sebaya.

Bagaimanapun, mereka tidak pernah menyangka untuk menimang cahaya mata pada masa sama.

Julia pada awalnya dijadualkan bersalin 20 hari selepas Amanda, iaitu pada 22 April lalu.

Amanda diberikan ubat pada 27 Mac, tetapi akhirnya bersalin keesokan harinya pada masa yang hampir sama ketika Julia bersalin melalui pembedahan.

"Kami menghantar mesej dan berhubung menerusi Facetime sehingga sejam sebelum dan sejam selepas bersalin," kata Amanda kepada WBIR.

Menurut Amanda, dia suka membesar dengan seorang adik kembar.

TIGA bayi yang lahir pada hari yang sama.
TIGA bayi yang lahir pada hari yang sama.

"Kami selalu menipu ayah kami dan dia tidak akan dapat membezakannya.

"Kami sentiasa mempunyai seseorang untuk bermain atau berdebat, ia sangat menyeronokkan," katanya.

Amanda dan Julia berharap tiga anak lelaki mereka akan seronok membesar bersama.

"Jarang kita mendengar kembar mempunyai anak kembar dan seorang lagi pada hari yang sama dalam masa yang sama dan semuanya lelaki.

"Saya harap mereka sedar betapa keluarga sangat menyayangi mereka kerana kami sangat menyayangi mereka . Kami juga gembira menyambut kelahiran mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2022 @ 6:15 AM