AMANDA tidak berhenti menangis sepanjang prosiding. -Foto Daily Mail
AMANDA tidak berhenti menangis sepanjang prosiding. -Foto Daily Mail
Agensi

SEORANG wanita yang mati ditikam di dada sempat menamakan kembarnya sendiri sebagai pembunuhnya sebelum meninggal dunia, dipercayai akibat cemburu kerana mereka berkongsi teman lelaki.

Anna Ramirez, 27, dilaporkan didengar saksi yang tidak didedahkan identitinya, menjerit menamakan kembarnya Amanda sebagai penyerangnya dalam keterangan didedahkan Hakim Edward McBride ketika perbicaraannya.

Saksi berkenaan, dipercayai seorang wanita yang tinggal di aras atas bangunan apartmen berkenaan turut melaporkan terdengar Amanda berkata, ‘Tunggu dan lihat apa yang saya akan lakukan’ sebelum mengambil pisau besar di dapurnya, lapor Daily Mail.

Saksi berkenaan yang turun menyiasat kemudian melihat Anna terbaring berlumuran darah.

Amanda kini didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian Anna tanpa niat membunuhnya.

Amanda (kiri) dan Anna (kanan) memuat naik gambar ini ke Facebook beberapa jam sebelum kematiannya. - Foto Daily Mail
Amanda (kiri) dan Anna (kanan) memuat naik gambar ini ke Facebook beberapa jam sebelum kematiannya. - Foto Daily Mail

Walaupun punca kejadian tidak didedahkan, laporan New York Times membayangkan dua beradik itu mungkin bercinta dengan lelaki sama.

Sementara itu, New York Post memetik seorang jiran berusia 12 tahun berkata, dia melihat apa yang berlaku.

“Mereka mabuk dan bertengkar. Ada seorang lelaki bersama mereka.

“Saya terdengar Anna berkata ‘Saya sudah tak kuasa dengan dia (Amanda)’ sebelum kembarnya itu masuk ke rumah dan keluar membawa pisau, menolaknya ke lantai dan menikamnya berulang kali,” katanya dipetik akhbar itu.

Ketika polis tiba di tempat kejadian pada jam 5:40 pagi, 22 Jun lalu, mereka mendapati Amanda berlumuran darah dan mendakwa tidak tahu apa berlaku kerana menemui kembarnya dalam keadaan itu.

ANNA
ANNA

Bagaimanapun, kisahnya kemudian berubah-ubah termasuk kononnya mereka keluar minum dan pertengkaran tercetus apabila pulang ke rumah sehingga Anna mengambil pisau di dapur. Amanda mendakwa tertikam Anna ketika mempertahankan diri.

Menurut dokumen polis, Amanda mempunyai beberapa kecederaan pada muka dan badannya ketika disoal polis, termasuk kesan calar di mukanya.

Pisau kemudian ditemui di apartmen itu yang menunjukkan kesan darah.

Hanya beberapa jam sebelum Anna dibunuh, pasangan kembar itu memuat naik gambar ke Facebook menunjukkan mereka berseronok dengan dua rakan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2019 @ 8:42 AM