Gambar fail menunjukkan kakitangan syarikat vaksin Bavarian Nordic. - FOTO Reuters
Gambar fail menunjukkan kakitangan syarikat vaksin Bavarian Nordic. - FOTO Reuters
Reuters

Brussels: Kesatuan Eropah (EU) akan menandatangani perjanjian dengan pengeluar yang tidak didedahkan bagi menyediakan kira-kira 110,000 dos vaksin untuk cacar monyet yang akan dihantar bermula hujung bulan ini.

Pesuruhjaya kesihatan EU Stella Kyriakides di luar mesyuarat menteri kesihatan EU di Luxembourg pada Selasa berkata, vaksin itu akan dibeli dengan dana EU dan dihantar ke negara EU.

Beliau berkata nama pembuat vaksin itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Pengawal selia ubatan blok itu berkata bulan ini ia sedang berbincang dengan firma bioteknologi Denmark Bavarian Nordic mengenai data percubaan yang boleh menyokong lanjutan penggunaan yang diluluskan bagi suntikan Imvanex, yang dikenali sebagai Jynneos di Amerika Syarikat.

Pengawal selia AS telah meluluskan vaksin cacar Bavarian untuk digunakan melawan cacar monyet.

Beberapa negeri EU, termasuk Jerman dan Sepanyol, telah membuat pesanan mereka sendiri untuk vaksin berkenaan.

Kyriakides berkata EU telah merekodkan 900 kes cacar monyet.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2022 @ 5:14 PM