Seorang lelaki berjalan di hadapan mural yang tertera ayat bermaksud ‘akan menang bersama’ di Odesa, selatan Ukraine. - EPA
Seorang lelaki berjalan di hadapan mural yang tertera ayat bermaksud ‘akan menang bersama’ di Odesa, selatan Ukraine. - EPA
Agensi

Kyiv: Selepas 100 hari, perang berterusan Rusia dan Ukraine bertukar menjadi pertumpahan darah yang tiada penghujung.

Wall Street Journal (WSJ) melaporkan peperangan menyebabkan banyak kemusnahan di Ukraine dan peningkatan kos di seluruh dunia.

Pada Jumaat, tentera Rusia melancarkan pergerakan di belakang artileri berat di timur Ukraine dan secara perlahan-lahan merampas tanah hingga puluhan ribu orang awam melarikan diri.

Presiden Ukraine, Volodvmir Zelensky menandakan 100 hari perang dengan video suram tetapi dengan mesej mencabar 'Angkatan tentera Ukraine ada di sini'.

"Paling penting, orang dan bangsa kita ada di sini.

"Kita sudah mempertahankan negara kita selama 100 hari," katanya.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 6.9 juta rakyat Ukraine meninggalkan negara sejak perang bermula.

Sementara jutaan lagi rakyat Ukraine dipindahkan susulan serangan Rusia.

Pencerobohan itu memusnahkan timur Ukraine, termasuk Mariupol, yang mana sekurang-kurangnya 22,000 penduduk terbunuh ketika pengepungan tentera Rusia selama seminggu, menurut pegawai tempatan.

Kyiv pula menuduh Moscow menghantar pulang warga Ukraine secara paksa, termasuk kanak-kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2022 @ 6:50 AM