PUTIN (gambar fail). FOTO Reuters
PUTIN (gambar fail). FOTO Reuters
BERNAMA

Moscow: Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani dekri mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah Ukraine, Kherson dan Zaporizhzhia yang berjaya ditawan tentera Rusia, lapor agensi Anadolu.

Referendum menyertai Rusia berlangsung antara 23 hingga 27 September lalu di Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk, yang berada di bawah kawalan pemisah pro-Rusia dan di wilayah Kherson dan Zaporizhzhia.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, satu upacara akan diadakan di Istana Besar Kremlin hari ini untuk penggabungan wilayah terbabit kepada Rusia.

Bagaimanapun referendum itu dikutuk secara meluas oleh masyarakat antarabangsa.

Negara Eropah dan Amerika Syarikat mengatakan gabungan itu tidak akan diiktiraf.

Rusia mengiktiraf apa yang dipanggil mereka sebagai kemerdekaan kepada kerajaan pemisah di Donetsk dan Luhansk pada 21 Februari lalu.

tamat

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 September 2022 @ 11:49 AM