DANIEL Porter bersama isterinya, Ruth. FOTO Agensi
DANIEL Porter bersama isterinya, Ruth. FOTO Agensi
Agensi

Houston: Lelaki yang juga bapa berusia 37 tahun dari Texas, Amerika Syarikat hilang ingatan dengan tiba-tiba, malah tidak mengenali diri dan individu sekelilingnya selepas terjaga daripada tidur.

Oddity Central melaporkan, insiden itu berlaku pada Julai lalu.

Daniel Porter bangun daripada tidur seperti biasa, tetapi tidak mengenali siapa di sebelahnya sedangkan wanita itu adalah isterinya.

Lebih menghairankan apabila lelaki itu menyangka dirinya baru berusia 16 tahun, berada pada 1990 dan mahu bersiap sedia untuk ke sekolah pada hari berkenaan.

Kedengaran lucu, namun apa yang berlaku amat menakutkan hingga isteri Porter iaitu Ruth terpaksa menenangkannya dan menjelaskan siapa dirinya serta menyatakan lelaki itu tidak diculik.

"Dia bangun tidur seperti biasa, tetapi bersikap pelik kerana tidak tahu siapa saya dan dirinya, malah benar-benar keliru.

"Dia juga tidak mengecam bilik tidur kami dan menyangka dirinya mabuk serta pulang ke rumah bersama wanita atau diculik.

"Saya melihatnya seolah-olahnya cuba mencari jalan keluar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Julai 2021 @ 6:31 AM