ZUBACHYOVA dihukum penjara lapan tahun kerana mengabaikan Irina. FOTO Agensi
ZUBACHYOVA dihukum penjara lapan tahun kerana mengabaikan Irina. FOTO Agensi
Agensi

Moscow: Dibiarkan kelaparan hingga kekurangan nutrisi dan berat badan.

Itu seksaan dialami seorang kanak-kanak di Rusia yang berusia lapan tahun ini. Kanak-kanak perempuan itu dipelihara ibu angkatnya, Natalya Zubachyova, 44, sehingga kehilangan berat badan sembilan kilogram sehingga menjadikan fizikalnya seperti kanak-kanak berusia tiga tahun.

Kanak-kanak itu ditemui jirannya, Vladislav Skorodumov dalam kelaparan dan menderita luka beku (frostbite) yang membuatkan mangsa tidak mampu berjalan.

Jiran itu berkata, dia melihat Irina diikat pada kerusi bayi.

KEADAAN Irina ketika ditemui jirannya. FOTO Agensi
KEADAAN Irina ketika ditemui jirannya. FOTO Agensi

"Dia tak boleh melepaskan dirinya. Kakinya kebiruan dan dia sangat kurus.

"Saya ambil kanak-kanak itu dan memberitahunya saya tak akan pulangkan selagi polis tidak tiba.

"Kemudian saya membawanya ke rumah saya. Bersihkannya dan masak bubur untuknya. Saya beri dia minum, dia minum dua gelas air sekali teguk saja," katanya dalam The Sun.

Irina tidak mampu makan dengan sendiri, bercakap mahupun berjalan, malah dia tidak dilatih membuang air di tandas, biarpun dia sihat ketika meninggalkan rumah anak yatim.

Dalam mengabaikan Irina, Zubachyova memberikan sepenuh perhatian kepada anak perempuannya sendiri yang sebaya dengan Irina dan dua anaknya yang lain dan masih kecil.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2021 @ 6:05 AM