MONTOYA dipenjara tiga tahun sembilan bulan kerana menikam seorang lelaki.
MONTOYA dipenjara tiga tahun sembilan bulan kerana menikam seorang lelaki.
Agensi

London: Berang teman wanitanya ditenung dan dimaki oleh pelanggannya, seorang cef di sebuah restoran di United Kingdom menikam lelaki itu.

Akibat perbuatannya itu, Fabio Montoya, 27, dipenjara tiga tahun sembilan bulan selepas menusuk leher pelanggan restoran La Barra di Walworth, di selatan London.

Mahkamah Inner London Crown diberitahu, Montoya yang menetap di Britain sejak lapan tahun lalu menikam leher, Diego Olave menggunakan pisau stik pada 27 September lalu kerana mangsa merenung wajah teman wanitanya selain memanggil wanita itu sebagai pelacur.

Difahamkan, tusukan pisau itu tidak mencederakan saluran arteri darah utama mangsa namun alat itu turut digunakan dalam cubaannya mencacatkan wajah lelaki itu.

Pendakwa raya Gareth Munday berkata, pada kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa memasuki restoran itu dengan rakannya dan duduk di tepi tingkap sambil minum arak dan merenung wanita itu.

Mahkamah diberitahu, Montoya mendekati Olave dan meminta lelaki itu berhenti merenung teman wanitanya, tetapi mangsa memberikan reaksi kasar dan menghina mereka.

Olave diminta untuk meninggalkan restoran itu namun lelaki itu sempat memanggil teman wanita Montoya sebagai pelacur atau jalang dalam bahasa Sepanyol membuatkan Montoya berang dan bertindak menikam Olave.

Montoya kemudian kembali semula ke restoran itu untuk meminta maaf dan mengembalikan pisau dan membayar bil.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 6:55 AM