BANGUNAN UNRWA yang rosak akibat serangan Israel. FOTO AFP
BANGUNAN UNRWA yang rosak akibat serangan Israel. FOTO AFP
BERNAMA-WAM

Abu Dhabi: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya pencabulan berterusan Israel di Semenanjung Gaza dan terbaharu menyasarkan kem warga Palestin yang hilang tempat tinggal di Khan Younis, selatan Gaza.

Serangan tentera rejim itu mengakibatkan banyak kematian penduduk dan mencederakan puluhan orang awam yang tidak berdosa.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar UAE menekankan kepentingan memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan, bantuan dan perubatan kepada rakyat Palestin dengan segera, selamat, berterusan dan tanpa halangan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Kementerian itu menegaskan semula keperluan untuk gencatan senjata segera bagi mengelakkan kehilangan lebih banyak nyawa, mengulangi kepentingan melindungi orang awam dan institusi awam, menurut undang-undang antarabangsa termasuk perjanjian antarabangsa.

UAE juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan usaha bagi mengelakkan keadaan di wilayah Palestin yang diduduki bertambah buruk dan untuk memajukan semua usaha untuk mencapai keamanan yang menyeluruh dan adil.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 3:27 PM